s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Friday 5 October 2012

Buktikan Cintamu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas pada pagi yang indah ini. Pabila ku selak jendela, ku melihat pohon2 hijau melambai2 mengikut alunan angin. Ku renung dilangit, melihat burung2 berkicauan umpama melodi indah yang tidak difahami oleh manusia.

Syukur sekali lagi kerana diberi peluang lagi untuk menekan papan kekunci ini untuk keberapa kalinya.
Pernah kah anda bercinta?? Bagaimana anda membuktikan cinta anda kepada mereka?? 
Selalu aku melihat mereka berkorban apa sahaja demi kekasih mereka. 

orang kata:

"lautan api sanggup ku renangi, langit ke tujuh akan ku tujui, akan ku redah belukar tebal,jika mampu aku hadiahkan bumi,akan ku berikan kepadamu"
hahaha..
demi cinta kepada manusia.. semua sanggup.
tetapi bagaimana pula anda membuktikan cinta anda kepada Pencipta??

wahai rakan2.. cinta yang lahir dalam diri manusia ini adalah pemberianNya kepada kita.
Jadi, mengapa kita menganggungkan cinta manusia sehingga kita lalai untuk membuktikan cinta kita kepada Allah.
Jadi, buktikan kan cintamu kepadaNya sebelum terlambat.
Bukan payah sangat pun nak buktikan..
"SEGALANYA BERMULA DIHATI"

Pertama sekali: jangan la tinggalkan segala amalan yang wajib lebih2 lagi solat kerana solat itu tiang agama. Kalau tiang pun tak kuat, macam mana kita nak bina rumah. dalam solat tu,khusyuk itu penting. Bila kita solat, umpama kita telah melepaskan segala harta dunia kita untuk mengadap Pencipta kita Yang Esa. Rukun solat dimulakan dengan niat..dan apabila kamu mengangkat takbir.. maka umpama kamu telah pun melepaskan segala bebanan dunia demi untuk bersujud kepada Nya.
dan akan diakhiri dengan salam. semasa solat, fokus la kepada setiap bait2 yang kita baca. maksud setiap kalimah2 yang dituturkan oleh bibir. Baru kita akan mudah khusyuk. Selain itu, puasa,zakat dan sebagainya. Baca lah al Quran kerana ia mampu memberi petunjuk kepada kalian. bukan sahaja membaca tetapi memahami segala makna.. baru la bole jadi muslimin yang berjaya..
Hormat juga pada ibubapa, guru2 dan para ulamak..kerana doa mereka mustajab.


Kedua: Berdoa. Bukti kita cinta padaNya adalah apabila kita memohon dengan segala kudrat yang ada untuk memperolehi sesuatu yang kita ingin kan..tak kisah la apa pun. tapi jangan la mintak benda yang sia2 umpama yang kita dah tahu kita tidak akan dapat memperolehi nya.. nk contoh ke??
ok la.. aku bagi. macam meminta untuk menjadi rasul atau nabi. padahal kita telah pun tahu bahawa Rasul terakhir adalan Rasulullah s.a.w.. jangan buat ye! murtad nanti. Mohon lah sesuatu yang boleh memberi munafaat kepada diri kita dan islam sejagat. yang boleh membangunkan ummat masyarakat.. apabila kita mengangkat kedua tangan kita dan memohon kepadaNya umpama hanya lah dia yang kita yakini yang akan membantu kita. Yang sentiasa berada dengan kita semasa kita susah mahupun kita senang..ketika kita tertawa riang mahupun meraung kesedihan. Ingat! dia sahaja yang bersama kita selamanya.

"cinta manusia tidak hakiki kerana suatu hari nanti ajal pasti akan menjemput kita mahupun kekasih kita... anatara cepat mahupun lambat sahaja.. tetapi cinta kepada Tuhan adalah cinta yang sebaiknya kerana ia bersifat hakiki.. sejauh mana pun langkah mu.. Dia bersama kamu selamanya dalam hidupmu"

Ketiga: lakukan lah kebaikan dan jauhi keburukan.. bagaimana caranya?? sedekah,senyuman, dan sebagainya. kerana bila kita lihat ye. sekiranya anda melakukan kebaikan .. Tuhan akan membalas setiap kebaikan yang kamu lakukan kepada masyarakat. percaya atau x?? cuba la lakukan. Hubungan anda dengan manusia juga akan bertambah baik. "hablum minallah..hablum minannas"..
Orang sekeliling akan berasa senang dengan kalian.
dan yang pastinya lakukan lah sesuatu tu dengan ikhlas kerana setiap yang kalian lakukan dengan ikhlas sebenarnya boleh dirasai oleh orang2 disekeliling korang. sebab ikhlas tu datang dari hati .. hati tidak pernah mendustai setiap apa yang dirasainya.. tetapi mulut sentiasa berdusta semata-mata untuk mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri.. 

sebenarnya banyak lagi tapi aku simpulkan la jadi sekecik ini.. ilmu Allah itu luas. Jadi carilah selagi kita masih mampu untuk mencarinya. 
"janganlah hanya mengejar cita-cita dunia sehingga melupakan akhirat.,"

Buktikan cinta kita padaNya semampu mungkin keran disitu sebenarnya terletak nya syurga..

awan yang berarak dulu..
telah pergi sejauh mungkin
membawa kisah silam kita
maka 
biarkan ia berlalu pergi...

kini 
awan baru
bersama cerita dan kisah yang baru..

kini..
aku dan kamu..
berada di awan yang berlainan
awan yang baru mengukir
sebuah kisah..
ukirlah sebanyak mana pun amalan
agar 
kamu tidak melakukan penyesalan di kemudian hari


sekiranya aku ada salah tulis.. tolong betulkan.. kerana aku masih lagi jahil

buat pelajar2 SPM dan PMR SMK SERI JEMENTAH dan juga pelajar2 lain yang akan menghadapi PMR dan SPM.. masih ada masa untuk berusaha.
semoga kejayaan mengiringi kamu semua. Ingat,ikhlas kan hati semasa belajar. niat keran Allah. jangan dilupakan berdoa dan memohon restu ibubapa dan guru. kerana mereka adalah salah satu kunci untuk memperoleh sebuah kejayaan.
USAHA + BERDOA + TAWAKAL= KEJAYAAN
doa kami,senior2 SMK SERI JEMENTAH sentiasa bersama kalian.
amin..

yang benar,
Epal Hijau






No comments:

Post a Comment