tika duduk bersendirian..
taktala itu
aku teringatkan kisah dan kenangan kita bersama
masih lagi terngiang suara manjamu..
masih lagi terlihat gerak geri dan tingkah laku mu
masih lagi ku melihat gerak tawamu
ketika malam diulit mimpi..
aku terlena dengan kenangan kita
namun
tersedarnya aku dari mimpi..
air mataku bertaburan
bila menyedari.. kamu tiada disisi
kita..
telah dipertemukan di sebuah pertemuan
telah dipertemukan di sebuah persimpangan
namun
kini
kita telah pun berpisah di sebuah perjalanan
aku cuba untuk menghilangkan rasa rindu ini kepadamu
namun..
semakin ku menghilangkan nya, semakin itu bayangan mu semakin menghampiriku
aku benar-benar merinduimu
benar..
sekiranya mampu aku untuk menjerit agar satu dunia mampu mendengar
aku ku ungkapkan perasaan rindu ini padamu
sahabat..
mungkin aku bukan yang terbaik yang kamu ada
tetapi
ingatlah bahawa doaku sentiasa mengiringi kamu
sahabat..
semoga kalian sentiasa dibawah perlindunganNya
semoga kalian juga merasai perasaan yang sama seperti ku
semoga kalian tidak melupakan ukhwah yang kita bina bersama
walaupun jauh mana sekalipun
berjuta-juta sahabat yang hadir
tidak mungkin sama antara satu sama lain.
sahabat..
telah ku berikan segalanya..
dan aku berharap telah ku berikan segalanya
secukupnya..
kasih sayang ini padamu..
sahabat...
terima lah sekiranya
satu hari nanti
kita tidak mungkin bertemu lagi
sekiranya aku
tiada lagi dalam hidupmu
jangan lah dikau padamkan rindu dan sayangmu terhadapku selamanya..