s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Friday 10 May 2013

-untuk kamu-

tika fajar masih belum meninggi...
ku tersedar
melihat sekujur tubuh berjalan...
berjalan untuk melakukan tugas seharian...

fajar masih lagi belum menyingsing
ku telah pun mendengar...
desingan batu lesung
terdengar sesuatu sedang ditumis...
tika itu juga..
jam di dinding telah menanda kan
tepat jam 6 pagi
lalu aku di kejutkan..
"anak mama...bangun "..

aku melangkah dalam keadaan longlai...
berjalan tanpa membuka mata..
sesekali aku mencium dinding rumah agam ku..
namun sekujur tubuh itu
yang memimpin diriku..
untuk membersihkan diri..

setelah siap...aku melangkah
dan melihat di atas meja...
telah tersedia secawan susu..
berserta roti telur..
dan aku juga telah terlihat...
dua bungkus nasi beserta lauk..
satu untuk dirinya.
satu lagi untuk diriku..
bekalan untuk waktu tengahri ku

bunyi "pon pon" menandakan pemandu van sekolah setia menjemputku
dan sekujur tubuh itu..
bersiap sedia memakai baju putih nya ...
bersama tudung putih berline kan biru..
berjalan meniti hari demi hari...
menunggu bas di bibir jalan...
untuk mencari sesuap nasi...

sepanjang hari tidak kutemu dirimu..
kamu dihaluan mu..dan aku dihaluan ku
segalanya aku lakukan sendiri..
tika aku balik..
kamu telah pun balik..
namun wajah kepenatan mu...
dapat ku rasakan..
dan pastinya..kamu yang akan lena sebelum diriku lena
begitulah tiap hari...

namun..tiba2...
keadaan menjadi sebaliknya..
dan aku melepaskan segalanya...
kerna ku tau..
itu adalah tugasku sendirian..
lalu aku mengambil pilihan untuk menemani nya
banyak cacian..banyak tomahan..
telah ku terima kerna aku memilih untuk belajar di situ..

memang pada mulanya..
kehidupan ku..
menjadi huru hara..
menjadi tidak menentu...
namun...bapa ku sebagai penguat hidupku
betapa perit nya bapaku..berulang..
untuk mencari punca kesakitan itu..
namun tidak kami temui sehingga kini..
dan aku tau..segalanya
menjadi penguat diriku..
ketabahan...kekuatan...
dan segala sejarah kehidupan ku.
telah ku sematkan rapi..di dalam hati ini..
menjadi rahsia hatiku..
kerna kesedihan yang aku alami..di sepanjang hayat ku sehingga kini
adalah penguat diriku sekarang..

kini
mereka berdua memilih untuk besara di usia yang muda..
abah setia menemani mama..
dan mama juga ceria dengan hidup nya kini
walaupun aku tau
kadang kala kesakitan yang dialami itu 
cuba untuk disembunyikan olehnya
abah hebat..mama hebat..
oleh sebab itu..aziah hebat!!
dan kini
aku tidak boleh lagi melepaskan nya..
kerna ini adalah masa depan ku..

terima kasih Tuhan..
segala kepayahan hidupku..
sejak aku lahir..sehingga kini
menyebabkan aku matang..
terima kasih Tuhan
kerna segala yang berlaku itu
menyebabkan aku belajar 
menjadi diriku yang luar biasa
aku Bersyukur...
kerna segalanya yang ku alami itu
menyebabkan diriku,keluarga ku...semakin erat berdamping denganMu..

terima kasih wahai mama dan abah...
terima kasih juga kepada arwah tokyah,
mak tok,mak long,mak uda,cik yong,mak uteh,mak usu...aunt ani,aunt ros,aunt nab 
kerna aku membesar disamping kamu...
dan semua mama,ibu,mak,ummi,mummy yang ada di dunia..
telah melahirkan kami semua di dunia..
telah mendidik,mengajar,dan sentiasa berada disamping kami..
tika kami jatuh..kalian yang membangunkan kami
tika kami menagis,kalian yang menyapa lembut setiap berlian yang jatuh..
terima kasih terima kasih terima kasih...
mungkin juga..
ada diantra kita
yang telah kehilangan mereka
namun 
jangan bersedih wahai sahabat2 ku
kerna kehilangan mereka itu tidak semestinya mereka akan hilang dari hati kamu,wahai sahabat..
mereka tetap dihati kamu
dan kamu juga semestinya ada dihati mereka.
al-fatihah penghubung..tanda ingatan..
tanda lautan rindu,seluas langit biru tanda sayang kamu kpd mereka
jangan lupa segala nasihat mereka..
kerna itu adaah wasiat untuk kalian
al-fatihah





hanya kamu saja...
-yang membuat kan diri kami bahagia-





nukilan:
NORAZIAH BINTI MOHD DARUS
mahasiswi UiTM Shah Alam
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat
"wajah yang tenang tidak menunjukkan hatinya juga tenang"






Tuesday 7 May 2013

Ape Tunggu Lagi!!!!

Assalamualaikum w.b.t

secara ringkas..secara tuntasnya...
kita sendiri dah nampak apa yg berlaku...
apa yang terjadi sekarang ni adalah perkara yang bukan lagi main2...
bukan lagi kita sebagai orang Melayu 
boleh goyang kaki..
boleh minum kopi sambil cecah roti..
Tidak!Tidak!
Bukti nya anda sendiri telah pun lihat..telah pun tatap..
antara setuju dan tak setuju...
suka dan tak suka...
kita perlu hadapi nya sekarang...
tidak perlu untuk menyalahkan orang lain..dan tidak perlu juga untuk berdendam dengan orang lain...
hakikatnya..kesannya telah pun TERJADI..
apa yang perlu kita lakukan sekarang??
 lakukan tranformasi..bagaiman ingin lakukan tranformasi????senang sahaja..Niat kita..niat kita sebagai rakyat Melayu yang beragama Islam...niat kita haruslah berteraskan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.bukan kemenangan yang kita perolehi adalah disebabkan manusia...bukan kekalahan kita disebabkan manusia...tetapi kita sendiri perlu lakukan perubahan itu terhadap diri kita sendiri.tidak kira lah anda seorang pemimpin ataupun seorang rakyat jelata..
itu yg penting sebenarnya...amalkan segala yang telah ditetapkan oleh agama..
Allah telah meletakkan kemudahan kepada kita...telah menetapkan perundangan yang sangat2 fleksibel terhadap semua...
Jujur dan Amanah adalah perkara yang paling penting.. Ingat harta..ingat wang..ingat segala yang kita gunakan sekiranya bukannya hak kita...
jawab lah nanti di akhirat...
ingat...gunakan segala nya yang kita perolehi itu ke jalan yang benar..
yang miskin harus dibantu..yang kaya,jangan terus berbangga dengan kemewahan yang ada...
ingat.."setiap rezeki yang kamu perolehi itu sebenarnye ada hak untuk orang lain"
Ayuh...lakukan tranformasi dalam setiap kekalahan.. 

jadi kita,aku dan kamu..serta kalian...
bangkitlah!!!!!
belajar lah bersungguh - sungguh...carilah ilmu itu tidak kira walau kamu berada di sektor mana sekalipun...
kerana ilmu yg kamu pelajari itu harus di manfaat kan kepada negara...
bangkit!!!kita bangsa yang hebat...
jangan biarkan mereka meninggalkan kita di belakang..
kerana sepatutnya..kita yang berada dihadapan..
kita yang perlu dihadapan..
kerana kita lah pejuang negara..
anda rasa tercabar????sedarlah...

wahai bangsaku..
dimanakah kamu tika ini...
wahai bangsaku..
adakah kamu masih lagi lena
wahai bangsaku..
tika kamu sedang lena
mereka disana telah pun celik
untuk mencari sesuatu di dalam hidup mereka

wahai bangsaku...
adakah kamu masih lagi tidak sedar
akan kelemahan diri..
wahai bangsaku..
adakah kamu masih lagi ingin lena
adakah kamu masih lagi ingin berlengah

bangkit!!
wahai bangsaku
bangkit dari birai katilmu
lakukan tranformasi secepat mungkin
wahai bangsaku

aku masih sayang kan kamu
wahai bangsaku..
tanam kan cinta kamu terhadap negaramu
wahai bangsaku..
lindungi lah negara mu..
hanya kamu..kamu generasi merdeka
jangan biarkan kemerdekaan yg di peroleh pergi begitu sahaja

wahai bangsa ku...
masih ada masa..masih ada waktu..
untuk kamu...mara..mara kehadapan..
wahai bangsaku...
sedarlah mulai detik ini..
bahwa kamu adalah generasi terhebat..
gunakan kehebatan mu itu
wahai bangsaku...
perjuangkan segalanya...
untuk negara mu yang tercinta..
kerna itujuga  dikira
sebagai
JIHAD