s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Friday 10 May 2013

-untuk kamu-

tika fajar masih belum meninggi...
ku tersedar
melihat sekujur tubuh berjalan...
berjalan untuk melakukan tugas seharian...

fajar masih lagi belum menyingsing
ku telah pun mendengar...
desingan batu lesung
terdengar sesuatu sedang ditumis...
tika itu juga..
jam di dinding telah menanda kan
tepat jam 6 pagi
lalu aku di kejutkan..
"anak mama...bangun "..

aku melangkah dalam keadaan longlai...
berjalan tanpa membuka mata..
sesekali aku mencium dinding rumah agam ku..
namun sekujur tubuh itu
yang memimpin diriku..
untuk membersihkan diri..

setelah siap...aku melangkah
dan melihat di atas meja...
telah tersedia secawan susu..
berserta roti telur..
dan aku juga telah terlihat...
dua bungkus nasi beserta lauk..
satu untuk dirinya.
satu lagi untuk diriku..
bekalan untuk waktu tengahri ku

bunyi "pon pon" menandakan pemandu van sekolah setia menjemputku
dan sekujur tubuh itu..
bersiap sedia memakai baju putih nya ...
bersama tudung putih berline kan biru..
berjalan meniti hari demi hari...
menunggu bas di bibir jalan...
untuk mencari sesuap nasi...

sepanjang hari tidak kutemu dirimu..
kamu dihaluan mu..dan aku dihaluan ku
segalanya aku lakukan sendiri..
tika aku balik..
kamu telah pun balik..
namun wajah kepenatan mu...
dapat ku rasakan..
dan pastinya..kamu yang akan lena sebelum diriku lena
begitulah tiap hari...

namun..tiba2...
keadaan menjadi sebaliknya..
dan aku melepaskan segalanya...
kerna ku tau..
itu adalah tugasku sendirian..
lalu aku mengambil pilihan untuk menemani nya
banyak cacian..banyak tomahan..
telah ku terima kerna aku memilih untuk belajar di situ..

memang pada mulanya..
kehidupan ku..
menjadi huru hara..
menjadi tidak menentu...
namun...bapa ku sebagai penguat hidupku
betapa perit nya bapaku..berulang..
untuk mencari punca kesakitan itu..
namun tidak kami temui sehingga kini..
dan aku tau..segalanya
menjadi penguat diriku..
ketabahan...kekuatan...
dan segala sejarah kehidupan ku.
telah ku sematkan rapi..di dalam hati ini..
menjadi rahsia hatiku..
kerna kesedihan yang aku alami..di sepanjang hayat ku sehingga kini
adalah penguat diriku sekarang..

kini
mereka berdua memilih untuk besara di usia yang muda..
abah setia menemani mama..
dan mama juga ceria dengan hidup nya kini
walaupun aku tau
kadang kala kesakitan yang dialami itu 
cuba untuk disembunyikan olehnya
abah hebat..mama hebat..
oleh sebab itu..aziah hebat!!
dan kini
aku tidak boleh lagi melepaskan nya..
kerna ini adalah masa depan ku..

terima kasih Tuhan..
segala kepayahan hidupku..
sejak aku lahir..sehingga kini
menyebabkan aku matang..
terima kasih Tuhan
kerna segala yang berlaku itu
menyebabkan aku belajar 
menjadi diriku yang luar biasa
aku Bersyukur...
kerna segalanya yang ku alami itu
menyebabkan diriku,keluarga ku...semakin erat berdamping denganMu..

terima kasih wahai mama dan abah...
terima kasih juga kepada arwah tokyah,
mak tok,mak long,mak uda,cik yong,mak uteh,mak usu...aunt ani,aunt ros,aunt nab 
kerna aku membesar disamping kamu...
dan semua mama,ibu,mak,ummi,mummy yang ada di dunia..
telah melahirkan kami semua di dunia..
telah mendidik,mengajar,dan sentiasa berada disamping kami..
tika kami jatuh..kalian yang membangunkan kami
tika kami menagis,kalian yang menyapa lembut setiap berlian yang jatuh..
terima kasih terima kasih terima kasih...
mungkin juga..
ada diantra kita
yang telah kehilangan mereka
namun 
jangan bersedih wahai sahabat2 ku
kerna kehilangan mereka itu tidak semestinya mereka akan hilang dari hati kamu,wahai sahabat..
mereka tetap dihati kamu
dan kamu juga semestinya ada dihati mereka.
al-fatihah penghubung..tanda ingatan..
tanda lautan rindu,seluas langit biru tanda sayang kamu kpd mereka
jangan lupa segala nasihat mereka..
kerna itu adaah wasiat untuk kalian
al-fatihah





hanya kamu saja...
-yang membuat kan diri kami bahagia-





nukilan:
NORAZIAH BINTI MOHD DARUS
mahasiswi UiTM Shah Alam
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat
"wajah yang tenang tidak menunjukkan hatinya juga tenang"






2 comments:

  1. Yup.
    Al-fatihah tanda penghubung.

    Love,
    M.D.L (^_^)

    ReplyDelete
  2. thanks..
    sila lah join this site.
    ni sarah kan kan???

    ReplyDelete