s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Tuesday 25 September 2012

Jangan berhenti berharap

Assalamualaikum..dan selamat malam buat semua...buat warga2 blog dan pembaca blog yang disayangi...

Apa khabar semua?? Aku masih mengharap yang kalian sihat2 belaka.. bukan untuk anda tetapi untuk semua umat manusia di muka bumi ini.

Diam tak diam, dah dekat 4 minggu dah dekat sini. Tetapi, aku masih lagi tertanya soalan adakah benar aku memang di sini?? Aku masih lagi tertanya akan kudrat ku.. Mampukah aku mengharungi segalanya di sini?? 
Lalu, aku terfikir kata2 motivasi tentang JANGAN BERHENTI BERHARAP..
jangan berhenti berharap kepada Pencipta kita kerana segalanya telah ditetapkan oleh nya.

Aku sentiasa mempositifkan diri aku disini.. walau pun kadang2 aku tak yakin dengan diri ku sendiri.. Kerana bila aku berdiri di sebelah rakan2 seperjuangan ku disini.. aku terasa diriku paling kerdil. Malu dan segan. Lalu aku akan sentiasa berundur kebelakang untuk memberi peluang kepada mereka menyerlahkan diri mereka di hadapan pensyarah2..
Aku cuba bertahan dan mempositifkan diriku disini.. kerana aku yakin bahawa Pencipta ku masih bersama ku..
Aku masih berdoa dan sentiasa berdoa didekatkan dengan orang2 yang beriman kepadaMu..
dan
Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai mereka yang sangat banyak memberi support terhadap diriku..
Begitu juga aku harapkan kepada kalian..
sekiranya kalian disana.. membaca setiap luahan hatiku yang telah aku coretkan melalui papan kekunci ini..
aku mahu kalian membuka mata kalian..
Renung lah langit sedalamnya.. dan fikirkan lah dimana kalian sekarang..jangan lah kalian berhenti berharap. walaupun kalian terpaksa melalui paya dan parit serta belukar sekalipun..percaya lah dan jangan berhenti berharap kerana ada jalan disebalik kepayahan itu..

harungi lah segalanya kerana kekuatan itu datang sebenarnya dari dalam diri anda sendiri.. bukan pada orang lain. yang penting kalian yakin dan sentiasa mengungkapkan kata-kata positif terhadap diri kalian. 
percayalah kepada diri anda sendiri. dan beri lah peluang kepada diri anda untuk memperoleh apa yang diri anda inginkan..
"ingatlah bahawa jangan lah anda melakukan sesuatu itu kerana kemampuan orang lain tetapi lakukan lah sesuatu itu kerana kemampuan diri anda sendiri"
"segalanya terserah kepada diri anda..
anda telah pun berusaha.. anda juga telah pun berserah...dan bertawakal kepadanya..
dan terakhir sekalinya.. jangan lah berhenti berharap kepadaNya dengan cara berdoa..
kerana berdoa itu tanda kehambaan kita kepadaNya. dan sebagai satu jambatan untuk menghubungkan kita kepada Nya.

nafas yang baru masih lagi belum teratur dengan sempurna.. seperti bayi yang baru berjalan.. namun setelah berusaha..akhirnya berjaya berjalan sehingga lah menjadi manusia dewasa seperti kita.
jadi jangan lah berhenti berharap kerana di sebuah sudut ada terletaknya sebuah kekuatan didalam itu. dan apabila diaktifkan.. ia pasti menjadi sebuah batu loncatan ataupun anjakan paradigma terhadap diri kita sendiri.
lakukan keran diri anda sendiri. bukan keran orang lain..

itu yang aku cuba lakukan disini..kerana aku merasakan aku perlu berubah untuk kehidupan aku sendiri. teman ketawa memang ramai.. tetapi teman menagis mungkin tiada. 
dan aku mula membuang segala kejahilan ku dan membuka sebuah pintu untuk diriku.. pintu yang lain.. dan aku juga membuka minda ku untuk menerima pandangan dan berfikir secara meluas agar setiap keputusan yang ku lakukan itu betul..
aku sentiasa berdoa.. agar aku diberi pedoman..
air mata tidak berhenti menitis untuk menyatakan ketakutan ku meniti kehidupan ku disini..
namun tidak mampu ku ceritakan kepada semua.. segalanya dirahsiakan di hati.. selamanya..
dan aku berharap kalian juga tidak berputus asa..
kuatkan semangat kalian..
aku yakin kalian mampu lakukan yang terbaik..
perjalan kita baru bermula...mulakan lah langkah mu dengan basmallah..
semoga Tuhan menemani kalian selamanya dalam kehidupan kalian..
doa aku sentiasa meringi kalian semua...
aku ada untuk kalian sebagaimana kalian ada dengan ku dalam hidupku..
yakin akan kemampuan diri kalian..


kehidupan
sekiranya mampu untuk menukar
atau
berpatah balik
tidak mungkin manusia melakukan kesilapan lagi
namun
kenapa kami selalu alpa
dan leka
mengejar cinta dunia
tanpa memikirkan cinta kami yang hakiki
sedangkan kami selalu ditemani oleh Pencipta kami
kehidupan..
telah pun terbentang luas 
segala peluang
segala ruang
namun
kenapa kita masih memikirkan 
bahawa kehidupan ini sempit dan tandus
ya Tuhan
maafkan kami
hambamu yang jahil
yang dulu nya hidup dalam ketandusan ilmu
namun kini
kami telah pun menukar sebuah kunci
kunci pintu yang lain
yang telah pun Kau berikan..
kini
kami telah pun
membuka fikiran,mata hati,dan segalanya
seluasnya
kami
telah pun membuka lembaran baru dalam kehidupan kami
dan 
kami telah pun menapak kembali
di sebuah perjalanan
kami berharap
agar kami dipermudahkan 
perjalanan kami
kerana kami tidak mahu lagi bernangis di sebuah perjalan
diatas sebab kelalaian kami
terhadap mu..
semoga Tuhan
sentiasa bersama kami
selamanya..
jangan tinggalkan kami 
ya Tuhan
kerana kami sangat memerlukan Engkau 
dalam kehidupan kami
Amin

ikhlas dari:
NORAZIAH BINTI MOHD DARUS
PELAJAR SEMESTER 1
KEJURUTERAAN SISTEM MAKLUMAT
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
UiTM SHAH ALAM

*terima kasih kerana berada dengan ku selamanya dalam hidup ku...*
terima kasih kerana buat aku tersenyum
terima kasih kerana menggenggam erat tanganku
sewaktu aku jatuh di birai kaca sehingga terluka
terima kasih kerana membaluti setiap luka itu
terima kasih semua yang mengenali diriku..

kini aku...
ingin menjadi seseorang yang tabah
serta kuat mental dan fizikal
menghadapi segalanya..
walaupun aku
keseorangan meniti di setiap titian
namun
aku masih tersenyum
kerana
aku masih ada kamu
dalam hidupku..
semoga kamu juga sama seperti ku apabila kamu bersama dengan ku..



Wednesday 19 September 2012

entry tak da tajuk

Assalamualaikum... dan selamat pagi pada semua bloggers ..

Setelah beberapa minggu aku tak bukak FB dan Blog.. sampai la seseorang text aku "Epal,bile ko nak update blog ni..aku dan jemu la nak baca JANJI DITEPATI".. ish2...
sorry la sangat..sebab aku sangat sibuk..
tapi rasanya tak salah kalau ko baca banyak kali...
entry yang lepas tu macam satu tanggungjawab..satu tugas yang kita sebagai rakyat malaysia perlu galas..
so kalau baca...tiap2 hari..
kita takkan leka ..
tak kan lalai..
akan ingat tugas kita..sebagai seorang hamba Allah..untuk membangunkan negara yang tercinta..
kalau aku..
aku suka baca sebab AKU SAYANG NEGARAKU...sangat2..hehe

baru je berapa minggu aku duduk sini.. aku belajar macam2.. mula2 aku rasa macam satu negara yang asing... macam aku ni orang asing yang dari ceruk mana tah.. tiba2 datang bandar..
macam tu la aku rasa..
di sini...
dalam masa yang beberapa minggu ni.. aku belajar erti sokongan.. sokongan yang sangat diperlukan..
benda ni sebenar nya berlaku secara tiba-tiba..
aku pun tak sangka...
tiba2 je aku nekad nak pergi.. berlari 2.4km dalam masa 17 minit(bagi perempuan)..lompat kijang 6.bape cm tah(bagi perempuan),lari 4x10cm dalam masa 10 saat, seat up minimum 24 dalam masa seminit... mak oiii masa sekolah dulu aku tak pernah pun.. merentas desa pun aku sukaaaaa sangat berjalan..
agak2 kalau cikgu omar tau ni..die mesti gelak kat aku kan..
yela anak murid die ni bukan atlet..lembek lak tu..
tapi macam mana aku boleh lakukan masa tu padahal aku dah rase lemah sangat..macam sesak bahagian dada ni...??aku masih fikir..fikir... 

tapi..bila aku fikir balik...tekad dan nekad aku.. memang kuat... kuat untuk masuk.. dan aku masih ingat macam mana akak2 tu berlari sekali bersama kami semua.. aku dapat rasa macam mana kuat nya support dorang..
kat sini aku belajar.. kita hidup.. kita memerlukan mereka disekeliling kita...mereka juga seperti kita..
aku dapat rasa kuat nya getaran electron yang akak tu salurkan kat aku masa die pegang lengan aku sewaktu aku tengah lari..
mereka teman kami lari bersama..
masa tu aku kuat semangat dan positif..
aku cakap "aziah ..kuat aziah...kuat..sikit je lagi"..
memang kita kena sentiasa positif...tu penting sebenarnya...

aku dapat rasa semuanya.. aku mula belajar.. "ohh macam ni rupanya..semangat dan sokongan tu perlu seiring dan sejalan..."...
dan aku mula imbas kembali waktu2 aku hidup sebelum ni..sebelum usia aku mencecah 19 tahun..
aku rasa.. aku tak supportive pada mereka di sekeliling aku.. dan aku rasa ni salah aku..
dan mungkin ni jugak lah salah satu daripada hikmah nya kenapa Tuhan menghantar aku ke sini..
mungkin..mungkin..
dan sekarang... aku bergerak sebagai seorang mahasiswi..mahasiswi yang memegangtanggungjawab menjaga anak bangsa.. tak mungkin akan aku lepaskan harta perjuangan anak bangsa aku.. 
aku mula melihat ke hadapan.. dan aku juga harapkan kalian memandang ke hadapan...
kerana di setiap perjalanan.. ada cabaran dan halangan. yang penting..kita..kita kena yakin dengan segalanya..

memandang kehadapan tidak semestinya kita tidak mengingati segala kenangan silam.. kenangan silam adalah pengalaman dan pengajaran yang paling penting dan sebagai rujukan kita untuk kita melalui masa sekarang..
aku gembira.. kerana aku di sini.. aku terpilih untuk menjejakkan kaki ke sini dan sebagai seorang mahasiswi..
dan aku juga berharap kalian juga gembira dengan laluan kalian.. bersyukur lah kerana korang dapat jugak menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang dimana tidak semua orang mampu jejak..

pabila seseorang jatuh.. jangan lah kita bertepuk tangan dan senyum.. tetapi berlari lah kita ke arah mereka dan hulurkan tangan kerana di situ terletak nya.. sebuah ikatan,,
aku belajar semuanya disini..
alhamdulillah..
dan aku harap Tuhan tunjukkan aku rakan yang boleh membantu aku...
semoga Tuhan melindungi aku...
kerana aku tidak mahu merosakkan masa hadapan ku...
amin


untuk kalian..:
rindu nya aku pada korang..termasuk lah lecturer2...kat sini,aku jumpe orang iras2 dengan cikgu dayah,iras2 cikgu faz...aku jumpe orang macam jazz kat sini.. aku jumpe orang yang ade beg macam mira kat sini.. dan aku jumpe akak yang serupa dengan cikgu ijah..haha..

rindunya pada kamu
tidak mampu ku ungkapkan dengan sebuah kata2
ingatan ku padamu
tidak mungkin lupus sampai bila2
semoga kalian..
dilindungi olehnya..
doaku seiring dan sejalan dengan kalian..
setiap derap langkahmu..
ingatlah..
bahawa aku
masih ada untuk kamu
selamanya dalam hidup kamu..
sehingga nafas terakhirku..
kamu ada dihatiku jua
Amin..