s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Wednesday 19 September 2012

entry tak da tajuk

Assalamualaikum... dan selamat pagi pada semua bloggers ..

Setelah beberapa minggu aku tak bukak FB dan Blog.. sampai la seseorang text aku "Epal,bile ko nak update blog ni..aku dan jemu la nak baca JANJI DITEPATI".. ish2...
sorry la sangat..sebab aku sangat sibuk..
tapi rasanya tak salah kalau ko baca banyak kali...
entry yang lepas tu macam satu tanggungjawab..satu tugas yang kita sebagai rakyat malaysia perlu galas..
so kalau baca...tiap2 hari..
kita takkan leka ..
tak kan lalai..
akan ingat tugas kita..sebagai seorang hamba Allah..untuk membangunkan negara yang tercinta..
kalau aku..
aku suka baca sebab AKU SAYANG NEGARAKU...sangat2..hehe

baru je berapa minggu aku duduk sini.. aku belajar macam2.. mula2 aku rasa macam satu negara yang asing... macam aku ni orang asing yang dari ceruk mana tah.. tiba2 datang bandar..
macam tu la aku rasa..
di sini...
dalam masa yang beberapa minggu ni.. aku belajar erti sokongan.. sokongan yang sangat diperlukan..
benda ni sebenar nya berlaku secara tiba-tiba..
aku pun tak sangka...
tiba2 je aku nekad nak pergi.. berlari 2.4km dalam masa 17 minit(bagi perempuan)..lompat kijang 6.bape cm tah(bagi perempuan),lari 4x10cm dalam masa 10 saat, seat up minimum 24 dalam masa seminit... mak oiii masa sekolah dulu aku tak pernah pun.. merentas desa pun aku sukaaaaa sangat berjalan..
agak2 kalau cikgu omar tau ni..die mesti gelak kat aku kan..
yela anak murid die ni bukan atlet..lembek lak tu..
tapi macam mana aku boleh lakukan masa tu padahal aku dah rase lemah sangat..macam sesak bahagian dada ni...??aku masih fikir..fikir... 

tapi..bila aku fikir balik...tekad dan nekad aku.. memang kuat... kuat untuk masuk.. dan aku masih ingat macam mana akak2 tu berlari sekali bersama kami semua.. aku dapat rasa macam mana kuat nya support dorang..
kat sini aku belajar.. kita hidup.. kita memerlukan mereka disekeliling kita...mereka juga seperti kita..
aku dapat rasa kuat nya getaran electron yang akak tu salurkan kat aku masa die pegang lengan aku sewaktu aku tengah lari..
mereka teman kami lari bersama..
masa tu aku kuat semangat dan positif..
aku cakap "aziah ..kuat aziah...kuat..sikit je lagi"..
memang kita kena sentiasa positif...tu penting sebenarnya...

aku dapat rasa semuanya.. aku mula belajar.. "ohh macam ni rupanya..semangat dan sokongan tu perlu seiring dan sejalan..."...
dan aku mula imbas kembali waktu2 aku hidup sebelum ni..sebelum usia aku mencecah 19 tahun..
aku rasa.. aku tak supportive pada mereka di sekeliling aku.. dan aku rasa ni salah aku..
dan mungkin ni jugak lah salah satu daripada hikmah nya kenapa Tuhan menghantar aku ke sini..
mungkin..mungkin..
dan sekarang... aku bergerak sebagai seorang mahasiswi..mahasiswi yang memegangtanggungjawab menjaga anak bangsa.. tak mungkin akan aku lepaskan harta perjuangan anak bangsa aku.. 
aku mula melihat ke hadapan.. dan aku juga harapkan kalian memandang ke hadapan...
kerana di setiap perjalanan.. ada cabaran dan halangan. yang penting..kita..kita kena yakin dengan segalanya..

memandang kehadapan tidak semestinya kita tidak mengingati segala kenangan silam.. kenangan silam adalah pengalaman dan pengajaran yang paling penting dan sebagai rujukan kita untuk kita melalui masa sekarang..
aku gembira.. kerana aku di sini.. aku terpilih untuk menjejakkan kaki ke sini dan sebagai seorang mahasiswi..
dan aku juga berharap kalian juga gembira dengan laluan kalian.. bersyukur lah kerana korang dapat jugak menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang dimana tidak semua orang mampu jejak..

pabila seseorang jatuh.. jangan lah kita bertepuk tangan dan senyum.. tetapi berlari lah kita ke arah mereka dan hulurkan tangan kerana di situ terletak nya.. sebuah ikatan,,
aku belajar semuanya disini..
alhamdulillah..
dan aku harap Tuhan tunjukkan aku rakan yang boleh membantu aku...
semoga Tuhan melindungi aku...
kerana aku tidak mahu merosakkan masa hadapan ku...
amin


untuk kalian..:
rindu nya aku pada korang..termasuk lah lecturer2...kat sini,aku jumpe orang iras2 dengan cikgu dayah,iras2 cikgu faz...aku jumpe orang macam jazz kat sini.. aku jumpe orang yang ade beg macam mira kat sini.. dan aku jumpe akak yang serupa dengan cikgu ijah..haha..

rindunya pada kamu
tidak mampu ku ungkapkan dengan sebuah kata2
ingatan ku padamu
tidak mungkin lupus sampai bila2
semoga kalian..
dilindungi olehnya..
doaku seiring dan sejalan dengan kalian..
setiap derap langkahmu..
ingatlah..
bahawa aku
masih ada untuk kamu
selamanya dalam hidup kamu..
sehingga nafas terakhirku..
kamu ada dihatiku jua
Amin..


No comments:

Post a Comment