s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Monday, 16 February 2015







BERHARAP
MASIH ADA SINARAN MENTARI 
PADA HARI ESOK
WALAUPUN
SINARAN ITU
HANYA BERSINAR
SEKETIKA

FROM; EPALHIJAU




Monday, 9 February 2015

target

erm selepas habis anual camp, maka selesai la sudah anual camp sebagai seorang senior untuk Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

jadi, sekarang...baru nak build up balik kekuatan untuk meneruskan thesis pulak. aish risau tapi kena juga usaha.
jadi
target AWARDS untuk thesis :

1.BEST PRESENTER
2.BEST BANNER
3.BEST PRODUCT
4.BEST REPORT
(rasa mcm ade lima, tapi tak tahu la ape lagi satu).
tapi paling target, BEST PRESENTER.aminnnn

yeay..hopefully...nak dapat award2 yang ada tu. INSYAALLAH.
doakan...semoga thesis on DEVELOPMENT OF STUDENT DISCIPLINE MANAGEMENT SYSTEM For SMK SERI JEMENTAH ini berhasil dengan jayanya.
tak mampu nak cakap, sebab sekolah ini betul betul berharap dan aku,tak mampu untuk menolak .
orang kata "kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita balik".insyaAllah.
thesis ini khas untuk SMK SERI JEMENTAH...
merangkap stakeholder dan juga tempat aku belajar dulu..

Monday, 25 August 2014

Tahniah ...!!!

kadang-kadang kita tak jangka yang kita akan kecapi apa yang kita perolehi sekarang. Memang betul kata orang.."manusia boleh berubah"...manusia yang dulu tidak semstinya akan sama sehingga sekarang. Dan apa yang kita perolehi sekrang telah membuktikan yang kita adalah manusia yang luar biasa. Mungkin di mata dan pandangan orang lain...ia adalah satu benda atau perkara yang biasa. tapi,pada pandangan diri kita sendiri. Kita akan bangga dengan diri kita. Allah itu adil.Memberikan rezeki kepada hambaNya... dan menaik darjat hambaNya tanpa disedari.

benda tu berlaku pada diri aku sendiri...sebab tak pernah terlintas lansung untuk kearah itu.tapi dia la..yang memberi dorongan..yang mempengaruhi aku sehingga menjadi aku yang sekarang.aku bersyukur disebabkan dia..die telah membuka minda aku...menguatkan semangat aku...
aku bangga dengan dia..dia role model aku...bila aku melihat dia...aku sentiasa terasa dia sangat beruntung..beruntung kerana kehidupan die...semudah itu..tidak seperti aku..yang berliku.
tapi mgkin die menyembunyikan..kita pun tak tau kan.

tapi kerana dia...aku sentiasa mencabar diriku..
"dia boleh..knp aku tak boleh"...akhirnya aku dah berjaya sehingga tahap ini.

apa-apa pun...23hb hari tu...akhirnya habis sudah perjalanan sebagai kadet buat Amanina Abd Sukor.
wahhh puan..dah Leftenan Muda.saya bangga...bangga.
saya harap puan akan menjadi pegawai yang bertanggungjawab. Yang menjaga kebajikan anak anak buah puan.
setiap tanggungjawab yang allah berikan tu adalah amanah. semakin atas kita berada..semakin berat amanah kita .
ingat bahawa pangkat tidak menjamin tiap darjat kita di sisis tuhan.biar kita buruk pada pandangan manusia..tetapi tidak pada pandangan Tuhan.
jadilah hambaNya yang taat pada perintah Nya..
semoga ukhwah kita sampai bila bila.
takda apa yang saya boleh berikan kepada puan..
bila saya nampak gambar puan...akhirnya...
saya rasa berkobar-kobar ..tak sabar nak rasa perasaan seperti mana perasaan gembira puan sewaktu ditauliahkan sebagai Leftenan Muda..
saya berharap saya mampu bertahan.lagi setahun je..lepas tu Leftenan Muda Noraziah Binti Mohd Darus pulak..hihi.

doakan saya puan..semoga puan tak lupa saat kita bersama. terima kasih di atas layanan puan terhadap saya. Terima kasih sebab tunjuk saya erti sebenar kehidupan. Terima kasih kerana terima saya,didik saya...
saya bersyukur kerana di setiap destinasi yang saya tuju dan berhenti..saya akan dipertemukan oleh seseorang atau beberapa orang yang baik..yang mampu membawa saya kearah kebaikan.
terima kasih puan..
orang kata "hargai sementara ada..kerna satu ketika nanti..ia pasti menjadi kenangan",,,,

kenangan itu mungkin ada pahit..ade gembira..ade duka..
tapi itulah kehidupan..
Allah telah ciptakan berbagai-bagai rasa dalam kehidupan manusia
agar manusia
berasa keindahan kehidupan
setiap apa yang kita kecapi itu
adalah kejayaan untuk diri kita...
itu lah yang mampu
menjadikan kita
orang luar biase...

percaya lah puan..
setiap kepahitan itu ade kemanisannya...


bila tengok..lawa jugak puan ni.hehhe

saya bangga dengan puan

Ini paling bermakna..kerna setiap kejayaan yang kita perolehi itu..kita kongsi bersama dengan orang tersayang. semoga saya pun dapat seperti ini...tapi mampukah saya bertahan?


Saturday, 3 May 2014

Note:telah aku letak kan jiwa..
        di tiap baris kata2 ku ini..
        agar pembaca dapat merasai
        betapa sayang dan kasihnya aku padanya..

aku masih mengingati dirinya
masih lagi tidak pudar dalam ingatan...

kadang2 kesibukan menyebabkan
kita alpa dengan orang yang telah pergi meninggalkan kita..
namun...
pabila kita bersendirian
pabila kita melihat keadaan sekeliling
kenangan bersama dia akan kembali
berlegar di minda..
dan tika itu..
air mata pasti akan berlinangan..

aku masih mengingati dia..
tidak pernah aku melupakan dia.
namun..dia semakin jauh
semakin jauh dari hidupku..
semakin aku merindui nya

aku terlalu merindui dirinya..
namun hanya kenangan sahaja
yang sentiasa menemani diriku...
aku masih terasa dia ada dengan ku
menyelimuti ku...
mengusap kepala ku..
sewaktu aku lena...
namun..
kini dia telah pergi..

kehilangan dirinya...
bagaikan merobek seluruh jiwaku...
aku seakan berada diawangan..
ketika saat telefon berdering
dan mengatakan bahwa dia..
telah pergi..
hanya Tuhan saja yang tahu..

aku melihat tubuhnya kaku..
sejuk..tak seperti selalu...
tak seperti ketika dia menyambut aku
pabila aku pulang..
aku tidak melihat dia lagi...
ya Allah...
hilang nya dia..
umpama hilangnya separuh dari jiwaku...
aku sunyi...
aku sepi...
namun
tidak dapat aku gambarkan dengan kata2...
perasaan kehilangan itu..
hanya aku saja yang mampu untuk merasainya...

dia terbaik dalam hidupku..
kadang2 kehilangan dirinya.
membuatkan aku sedar..
bahwa kesibukan dunia itu hanyalah sementara..

dia terbaik untukku..
hidup bersama dengan nya..
sangat2 mengajar aku erti kehidupan
terima kasih Allah..
kerana telah meminjam kan dia selama 15 tahun 
kepada diriku..
aku sentiasa mendoakan dia tenang di sana...

nenda tersayang..
seandainya kau masih lagi hidup..
aku pasti kau akan bangga dengam diriku..
aku kini hampir akan menamatkan pelajaran ku 
di peringkat ijazah

nenda tersayang...
cucu mu ini juga akan di tauliahkan sebagai Lft.Muda
tidak lama lagi..
itu yang dikagumi oleh suamimu..
kerna dia..aku masih kuat untuk meneruskan
walaupun aku terseksa..
kerna aku ingin memenuhi apa yang dia ingini..

nenda tersayang..
aku merinduimu...
seluruh keluarga merinduimu
termasuk suami kesayanganmu...

sayang ku padamu...
takkan pudar hingga ke syurga...
kau lah yang terindah dalam hidupku...
Al-fatihah...

_______________________________________________________
perpisahan banyak mengajar kita erti menghargai. Namun,kita sering lupa untuk sedar erti menghargai sehinggalah perpisahan seterusnya berlaku.
Allah mengirimkan kita manusia yang lain untuk saling melengkapi.kerna kita Allah tahu kita tidak mampu untuk hidup bersendirian.. 

----> untuk ian(SUFIANA BINTI JAMIAN)
aku mungkin terlmbat untuk mengucapkan selamat hari lahir. Maaf ian, kesenyapan aku tidak beerti aku melupai segalanya tentang kau. 
untuk ian dan sahabat ku yang lain..
aku sentiasa mendoakan kalian di setiap sujudku...
semoga kita berjumpa di syurga.
"kenangan itu perlu dikenang..kerna ia mendatangkan kemanisan dalam kehidupan kita...tidak mungkin kita mampu hidup tanpa mengingati segalanya yang berlaku dalam kehidupan kita..
kita mungkin semakin jauh...namun,tetapkan dihati bahwa kita masih lagi bersatu...
menangislah jika itu yang mampu membuatkan kau menjadi manusia yang kuat..

telah Allah anugerahkan
setiap perasaan..kepada tiap hambaNya..
gunakan sebaik mungkin..



Friday, 10 January 2014

sahabat....

Assalamualaikum...

Aku sentiasa berdoa pada Allah agar Allah titip kan sahabat yang sentiasa ada dengan aku semasa susah dan senang. Yang menjaga maruah ku... Yang menjaga aib ku.. Yang sentiasa menjadi teman aku..
dan aku sangat bersyukur...

kerana setiap destinasi yang aku singgah... Allah akan kirim kan teman dan sahabat yang sama macam dalam doa aku... aku bersyukur sgt...

terima kasih sahabat.. kerana ada dengan aku...kerana sentiasa bersama aku...kerana mengingati ukhwah kita.

kadang2 kita rasa kita sendirian..tapi sebenarnye tidak..
cuba kita ingat kembali...ada aja manusia yang sentiasa support kita dari belakang...
mungkin kita tak perasan...namun benda tu berlaku secara normal..
aku bertuah sangat dapat kenal insan2 yang baik.. yang sentiasa meningatkan aku kejalan kebaikan...

***
aku sebenarnya terlalu rindu kan masa silam aku...
masa silam aku bersama sahabat2 aku...perasaan aku bercampur baur bila mengingatkan korang..
sahabat aku di sekolah..di matrik..dan satu ketika nanti...sahabat di u pula akan menjadi kenangan...
aku terlalu rindu kan korang..rindu akan kenangan2 kita bersama...
setiap hidup aku ditemani bayangan2 korang//memori2 kita bersama...aku tak kuat...tapi aku hidup bersama semangat korang...
aku terlalu merindukan korang semua.....

sekian....


pabila mata terbuka...
papan kekunci terus ditekan...
semata untuk meluahkan perasan 
rindu yang teramat...
pada insan yang ku gelar sebagai sahabat...

aku beruntung...
kerna aku ada kamu di sisi
tidak dapat aku gambarkan...
perasan syukur nya aku pada Tuhan...
kerana mengirimkan insan yang terbaik dalam hidupku...

kamu istimewa wahai sahabatku....
istimewa di hati ku..
walau pun kau tidak lagi berada di hadapan aku sekarang.
aku masih terasa bayangan kau mengekori ku..
di setiap langkah ku..

kadang2 aku tertawa...
kadang2 aku bisa menangis...
kadang2 kau..
kau...kau...
mampu membuatkan aku gila...
gila merindui kau
wahai sahabatku...

sahabat...
aku tidak punya adik beradik...
aku sendirian...
namun kau hadir untuk menjadi saudara ku..
terima kasih sahabat...

sahabat...
ukhwah kita hingga ke syurga...
walaupun kau atau aku..
yang akan pergi dahulu..
sahabat...
aku tungguuuu kau di SYURGA!!!!!!
aku tunggu kau sahabat..
sama2 lah kita...mencari syurga 

sahabat...
seandainya kau membuka 
luahan aku ini..
aku ingin kau tau...bahwa
aku terlalu merindui mu

percayalah...
doa aku sentiasa ada untuk kamu...
selama nya..
kerna kau lah sahabat ku 
hingga ke jannah..
insya Allah...

Tuesday, 3 December 2013

siapa dia??

MDL...
saya tertanya siapa kah awak sebenarnya?
adakah awak salah seorang dari sahabat saya?
bagaimana awak boleh menjejaki blog saya?

kehadiran awak menyebabkan saya teringin untuk
publish post tentang awak..
siapa awak sebenarnye???

Tuesday, 2 July 2013

-diari hati-

telah di titip kan kepada diri ini...
sebuah kehidupan...
yang perlu dilalui...

derap kaki ini..
melangkah ke hadapan...
tanpa rasa gentar..
dengan penuh keyakinan.
dan sepenuh pengharapan....

namun...
sering diri ini..
tergelincir...di setiap perhentian...
terlalu perit dan sakit ...
terasa diri ini...
tak mampu..
tak mampu untuk menempuhinya,,,,
tubuh ini terasa longlai...
hampir diri ini putus asa,,
kerna tersesat di setiap pelayaran..
aku buntu..
mencari jalan....
bagaimana aku ingin merobohkan ...
benteng penghalang kejayaan ku...
adakah ia...disebabkan dosa ku...

namun...
telah dikuatkan diri
untuk bangun
mencari dan menggapai bintang
yang menjadi impian...
di setiap perhentian ku.....

perit...sukar...itu lah cabaran....
namun...
ia bukan mematahkan semangat
untuk mengembara
kembara ilmu...
seiring dengan semangat...
tidak perlu untuk lelah..tidak perlu untuk keluh

aku bangkit,,,
berlari...berlari mengejar ilmu..
mengejar dengan sebuah impian,,,
kerna ku yakin..
bahawa tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini...
kerna aku juga yakin...
bahwa setiap yang jatuh..
pasti ada kejayaan yang hadir selepas itu...

usaha,usaha,usaha...
ungkapan itu sahaja yang mampu...
untuk bibir ini ungkapkan..
seiring dengan air mata yang sentiasa 
mengalir..
mengharapkan sebuah pengharapan...

aku..
merenung sejenak...
tika matahari terbenam,.,,,
melihat lagi...dan memikirkan ...
jalan kehidupan yang semakin sulit...
telah ku serahkan...
diri ini padaMu..
aku...
masih menanti...
sebuah keajaiban....
yang mengukirkan senyuman di wajah...
insan-insan yang aku sayangi...

aku berharap..dan terlalu berharap...
hanya padaMu sahaja aku memohon...
semoga Engkau kabulkan...
diari ini..telah ku letak kan jiwa...
agar yang membaca
dapat merasai
kesedihan di hati....


-mutiara kata-
usah dibiarkan hati terus menitiskan air mata
terhadap perkara yang tidak pasti
kerna ia sia-sia saja

"pencari kunci"














Saturday, 22 June 2013

-hati-

Assalamualaikum...

mesti ramai yang tak bangun lagi kan? hehe

hati..
apa maksud hati?
Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.

namun...
hakikat sebenanarnya...hati.. adalah sebuah perasaan atau naluri...yg kadang2 kita sendiri sukar menafsirkan...
tika waktu kita berduka... ape yg akan kita rasa? SEDIH..
tika waktu kita bergembira..apa yg akan kita rasa? GEMBIRA..
dan sebagainya

Hati perlu dipimpin agar ia menjadi bersih dan baik. 
namun
selalu berlaku..manusia sering melakukan penyakit hati...
sedangkan Allah telah memberikan sebuah hati yang baik pada asalnya
mengapa kita..yang mebintik hitamkan hati kita...
gagal kita memelihara hati kita...

fikir2 kan lah manusia..
sebenarnya...aku mengingatkan diri aku...

ya Allah, 
maafkan hambamu..kerana kami gagal memelihara hati yang telah Engkau berikan pada kami...
ampunkan kami...
sesungguhNya..kami hambaMu yg lemah,alpa,lalai...
ampunkan kami...

-nukilan-
"pencari kunci"

Friday, 10 May 2013

-untuk kamu-

tika fajar masih belum meninggi...
ku tersedar
melihat sekujur tubuh berjalan...
berjalan untuk melakukan tugas seharian...

fajar masih lagi belum menyingsing
ku telah pun mendengar...
desingan batu lesung
terdengar sesuatu sedang ditumis...
tika itu juga..
jam di dinding telah menanda kan
tepat jam 6 pagi
lalu aku di kejutkan..
"anak mama...bangun "..

aku melangkah dalam keadaan longlai...
berjalan tanpa membuka mata..
sesekali aku mencium dinding rumah agam ku..
namun sekujur tubuh itu
yang memimpin diriku..
untuk membersihkan diri..

setelah siap...aku melangkah
dan melihat di atas meja...
telah tersedia secawan susu..
berserta roti telur..
dan aku juga telah terlihat...
dua bungkus nasi beserta lauk..
satu untuk dirinya.
satu lagi untuk diriku..
bekalan untuk waktu tengahri ku

bunyi "pon pon" menandakan pemandu van sekolah setia menjemputku
dan sekujur tubuh itu..
bersiap sedia memakai baju putih nya ...
bersama tudung putih berline kan biru..
berjalan meniti hari demi hari...
menunggu bas di bibir jalan...
untuk mencari sesuap nasi...

sepanjang hari tidak kutemu dirimu..
kamu dihaluan mu..dan aku dihaluan ku
segalanya aku lakukan sendiri..
tika aku balik..
kamu telah pun balik..
namun wajah kepenatan mu...
dapat ku rasakan..
dan pastinya..kamu yang akan lena sebelum diriku lena
begitulah tiap hari...

namun..tiba2...
keadaan menjadi sebaliknya..
dan aku melepaskan segalanya...
kerna ku tau..
itu adalah tugasku sendirian..
lalu aku mengambil pilihan untuk menemani nya
banyak cacian..banyak tomahan..
telah ku terima kerna aku memilih untuk belajar di situ..

memang pada mulanya..
kehidupan ku..
menjadi huru hara..
menjadi tidak menentu...
namun...bapa ku sebagai penguat hidupku
betapa perit nya bapaku..berulang..
untuk mencari punca kesakitan itu..
namun tidak kami temui sehingga kini..
dan aku tau..segalanya
menjadi penguat diriku..
ketabahan...kekuatan...
dan segala sejarah kehidupan ku.
telah ku sematkan rapi..di dalam hati ini..
menjadi rahsia hatiku..
kerna kesedihan yang aku alami..di sepanjang hayat ku sehingga kini
adalah penguat diriku sekarang..

kini
mereka berdua memilih untuk besara di usia yang muda..
abah setia menemani mama..
dan mama juga ceria dengan hidup nya kini
walaupun aku tau
kadang kala kesakitan yang dialami itu 
cuba untuk disembunyikan olehnya
abah hebat..mama hebat..
oleh sebab itu..aziah hebat!!
dan kini
aku tidak boleh lagi melepaskan nya..
kerna ini adalah masa depan ku..

terima kasih Tuhan..
segala kepayahan hidupku..
sejak aku lahir..sehingga kini
menyebabkan aku matang..
terima kasih Tuhan
kerna segala yang berlaku itu
menyebabkan aku belajar 
menjadi diriku yang luar biasa
aku Bersyukur...
kerna segalanya yang ku alami itu
menyebabkan diriku,keluarga ku...semakin erat berdamping denganMu..

terima kasih wahai mama dan abah...
terima kasih juga kepada arwah tokyah,
mak tok,mak long,mak uda,cik yong,mak uteh,mak usu...aunt ani,aunt ros,aunt nab 
kerna aku membesar disamping kamu...
dan semua mama,ibu,mak,ummi,mummy yang ada di dunia..
telah melahirkan kami semua di dunia..
telah mendidik,mengajar,dan sentiasa berada disamping kami..
tika kami jatuh..kalian yang membangunkan kami
tika kami menagis,kalian yang menyapa lembut setiap berlian yang jatuh..
terima kasih terima kasih terima kasih...
mungkin juga..
ada diantra kita
yang telah kehilangan mereka
namun 
jangan bersedih wahai sahabat2 ku
kerna kehilangan mereka itu tidak semestinya mereka akan hilang dari hati kamu,wahai sahabat..
mereka tetap dihati kamu
dan kamu juga semestinya ada dihati mereka.
al-fatihah penghubung..tanda ingatan..
tanda lautan rindu,seluas langit biru tanda sayang kamu kpd mereka
jangan lupa segala nasihat mereka..
kerna itu adaah wasiat untuk kalian
al-fatihah





hanya kamu saja...
-yang membuat kan diri kami bahagia-





nukilan:
NORAZIAH BINTI MOHD DARUS
mahasiswi UiTM Shah Alam
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat
"wajah yang tenang tidak menunjukkan hatinya juga tenang"






Tuesday, 7 May 2013

Ape Tunggu Lagi!!!!

Assalamualaikum w.b.t

secara ringkas..secara tuntasnya...
kita sendiri dah nampak apa yg berlaku...
apa yang terjadi sekarang ni adalah perkara yang bukan lagi main2...
bukan lagi kita sebagai orang Melayu 
boleh goyang kaki..
boleh minum kopi sambil cecah roti..
Tidak!Tidak!
Bukti nya anda sendiri telah pun lihat..telah pun tatap..
antara setuju dan tak setuju...
suka dan tak suka...
kita perlu hadapi nya sekarang...
tidak perlu untuk menyalahkan orang lain..dan tidak perlu juga untuk berdendam dengan orang lain...
hakikatnya..kesannya telah pun TERJADI..
apa yang perlu kita lakukan sekarang??
 lakukan tranformasi..bagaiman ingin lakukan tranformasi????senang sahaja..Niat kita..niat kita sebagai rakyat Melayu yang beragama Islam...niat kita haruslah berteraskan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.bukan kemenangan yang kita perolehi adalah disebabkan manusia...bukan kekalahan kita disebabkan manusia...tetapi kita sendiri perlu lakukan perubahan itu terhadap diri kita sendiri.tidak kira lah anda seorang pemimpin ataupun seorang rakyat jelata..
itu yg penting sebenarnya...amalkan segala yang telah ditetapkan oleh agama..
Allah telah meletakkan kemudahan kepada kita...telah menetapkan perundangan yang sangat2 fleksibel terhadap semua...
Jujur dan Amanah adalah perkara yang paling penting.. Ingat harta..ingat wang..ingat segala yang kita gunakan sekiranya bukannya hak kita...
jawab lah nanti di akhirat...
ingat...gunakan segala nya yang kita perolehi itu ke jalan yang benar..
yang miskin harus dibantu..yang kaya,jangan terus berbangga dengan kemewahan yang ada...
ingat.."setiap rezeki yang kamu perolehi itu sebenarnye ada hak untuk orang lain"
Ayuh...lakukan tranformasi dalam setiap kekalahan.. 

jadi kita,aku dan kamu..serta kalian...
bangkitlah!!!!!
belajar lah bersungguh - sungguh...carilah ilmu itu tidak kira walau kamu berada di sektor mana sekalipun...
kerana ilmu yg kamu pelajari itu harus di manfaat kan kepada negara...
bangkit!!!kita bangsa yang hebat...
jangan biarkan mereka meninggalkan kita di belakang..
kerana sepatutnya..kita yang berada dihadapan..
kita yang perlu dihadapan..
kerana kita lah pejuang negara..
anda rasa tercabar????sedarlah...

wahai bangsaku..
dimanakah kamu tika ini...
wahai bangsaku..
adakah kamu masih lagi lena
wahai bangsaku..
tika kamu sedang lena
mereka disana telah pun celik
untuk mencari sesuatu di dalam hidup mereka

wahai bangsaku...
adakah kamu masih lagi tidak sedar
akan kelemahan diri..
wahai bangsaku..
adakah kamu masih lagi ingin lena
adakah kamu masih lagi ingin berlengah

bangkit!!
wahai bangsaku
bangkit dari birai katilmu
lakukan tranformasi secepat mungkin
wahai bangsaku

aku masih sayang kan kamu
wahai bangsaku..
tanam kan cinta kamu terhadap negaramu
wahai bangsaku..
lindungi lah negara mu..
hanya kamu..kamu generasi merdeka
jangan biarkan kemerdekaan yg di peroleh pergi begitu sahaja

wahai bangsa ku...
masih ada masa..masih ada waktu..
untuk kamu...mara..mara kehadapan..
wahai bangsaku...
sedarlah mulai detik ini..
bahwa kamu adalah generasi terhebat..
gunakan kehebatan mu itu
wahai bangsaku...
perjuangkan segalanya...
untuk negara mu yang tercinta..
kerna itujuga  dikira
sebagai
JIHAD

Thursday, 18 April 2013

//aku rindu abah mama aku
//aku rindu family aku
//aku rindu cikgu jun
//aku rindu kampung aku
//aku rindu cikgu2,lecturer2 aku
//aku rindu semua kawan2 aku

//semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera
//dah lama rasanya tak balik kampung..sejak datang sini...sampai ni..sampai dah nak midsem..habis midsem
//aku tetap di sini.. -mengeluh-
//TRAINING>>>>>>cepat la habis
//kerja aku banyak dah tertunda
//asignment aku,project aku,system aku,semua tertunda
//test,kuiz aku.. berkecai...

//ape nak jadi ni aziah....
//-mengeluh lagi-
//takda apa2 nak tulis..cume kali ni..lebih kearah karakter2 yang lebih mengganas sikit..
saje buat protes disini.. 

/* rasa macam dah lama sangat tak taip kat blog ini... lamaaa sgt. sampai kan rasa nya..pembaca2 setia aku pun dah lari.. aihhh kawann..jangan la lari.. byk lagi nak cerita... 

Assalamualaikum ...
(lebih afdal.)
aku rasa pejam celik pejam celik..kejap nya masa berlalu
sedar tak sedar...dah jumaat..
sedar tak sedar...dah nak bulan 5
cepat nya masa berlalu..
padahal preparation exam final tak buat apa2 pun lagi.. projek banyak lagi tak siap...
ermm... aziah aziah... rasa macam nak muntah tengok kerja banyak sangat ni..
dah la midsem burn cam tu je..
orang lain sibuk dok cuti...goyang2 kaki kat umah..aku plak la rajin nk dok hentak2 kaki...dok lari2 tiap pagi..saja nak hitam kan kulit...
pelik pelik..
tapi betul jugak kata lagu tu
"siapa suruh masuk tentera.."
"sudah tahu cari penyakit"
"lebih baik duduk di kampung"
"tanam ubi dan tanam jagung"

-belajar untuk menerima keadaan aku yang sekarang..-

belajar untuk membahagikan waktu dengan sebaik mungkin
mudahan Allah sentiasa bersama aku dan kalian

apa pendapat kamu tentang orang yang solat dengan cepat..
maksud aku : baru je Allahuakbar..
tiba2 je dan roku'
kadang2 rasa macam was2..
yela bukan la nk kata kita ni perfect sgt tp mcm nak tahu la kan..
camne korang bace selaju tu...*kagum*
tiba2 aku terfikir
kita ni solat kadang2 nak laju...cepat siap..
solat tu umpama sekadar nak cukup kan syarat yang kita ni taat perintah Allah
tapi kita tak fikir
yang terima ke tak..
tiap solat kita tu..
terima ke setiap air wuduk yang kita ambil tu..
sah ke tak solat kita tu
kamu renungkan...
sekiranya nanti apabila ditimbang amalan..
dacing yang disebelah kiri tu berat berbanding kanan.
dan makin lama /..kanan tu semakin kosong dan menjadi semakin ringan..
disebabkan..solat sehingga takda tomakninah(tak tau eja)
mengumpat..sedekah tetapi tak ikhlas...
sia-sia je kan buat amalan..
hasil akhir nya takdapat..
sebab tu la aku membuat kajian
contoh:
mengapa ketenteraan pada masa kini...
dan pada zaman Rasulullah s.a.w berbeza..sedangkan pada masa Baginda..
Baginda tidak pun menggunakan kekerasan..
tidak pun rendam dalam longkang ke..sideroll ke,skuad jump berjuta kali ke..tak da langsung..
namun mereka tetap mantap..sanggup syahid..sanggup menggadaikan nyawa demi mempertegakkan Islam..
tapi kita sekarang...
nak kata pegang senjata tembak papan pun takut..
ni kan pulak berdepan dengan musuh 
memang gagal la kan..

salah satu dari faktor nya..
mudah je
kita flashback kembali
tujuan hidup kita 
sebenarnya..kita ni gagal dalam kehidupan kita disebabkan 
kurangnya keimanan..
dan ketakwaan kepada Allah..
itu sebenarnya sebab utama...
sebab nya kita ni dah menyeleweng..salah simpang dari tujuan kehidupan kita yang sebenarnya..
kita patutnya bersyukur..
sebab telah dilahirkan Islam
namun kita protes
Allah dah bagi aturan..tutup aurat
buat segalanya yang disuruh..dan jauhi apa yang dilarang
tapi kita degil
nak jugak ikut apa yang menjadi trend sekarang
iye la kan..orang kata kalau tak ikut trend
kuno orang nya..-ape peduli org kata...yang penting kita sendiri!!!!
so bangun...
jangan terperangkap dengan kejahilan dunia yang semakin menggila
bangkit!!!!!

jadi umat manusia yang hebat..sebab kamu telah dilahirkan hebat
teguhkan pendirian
fokus pada setiap perlaksanaan
agar kita menjadi umat manusia yang perkasa
yakin
terus melangkah...jangan gentar di medan perang
kerana kita mausia biasa..mereka jga manusia biasa
yang membezakan kita adalah
kuasa
namun
harus diingat
kuasa itu bukan lah segalanya
kuasa itu tidak menjamin apa2
kuasa menyebabkan kita lupa
siapa diri kita yang sebenar
*/