s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Tuesday, 2 July 2013

-diari hati-

telah di titip kan kepada diri ini...
sebuah kehidupan...
yang perlu dilalui...

derap kaki ini..
melangkah ke hadapan...
tanpa rasa gentar..
dengan penuh keyakinan.
dan sepenuh pengharapan....

namun...
sering diri ini..
tergelincir...di setiap perhentian...
terlalu perit dan sakit ...
terasa diri ini...
tak mampu..
tak mampu untuk menempuhinya,,,,
tubuh ini terasa longlai...
hampir diri ini putus asa,,
kerna tersesat di setiap pelayaran..
aku buntu..
mencari jalan....
bagaimana aku ingin merobohkan ...
benteng penghalang kejayaan ku...
adakah ia...disebabkan dosa ku...

namun...
telah dikuatkan diri
untuk bangun
mencari dan menggapai bintang
yang menjadi impian...
di setiap perhentian ku.....

perit...sukar...itu lah cabaran....
namun...
ia bukan mematahkan semangat
untuk mengembara
kembara ilmu...
seiring dengan semangat...
tidak perlu untuk lelah..tidak perlu untuk keluh

aku bangkit,,,
berlari...berlari mengejar ilmu..
mengejar dengan sebuah impian,,,
kerna ku yakin..
bahawa tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini...
kerna aku juga yakin...
bahwa setiap yang jatuh..
pasti ada kejayaan yang hadir selepas itu...

usaha,usaha,usaha...
ungkapan itu sahaja yang mampu...
untuk bibir ini ungkapkan..
seiring dengan air mata yang sentiasa 
mengalir..
mengharapkan sebuah pengharapan...

aku..
merenung sejenak...
tika matahari terbenam,.,,,
melihat lagi...dan memikirkan ...
jalan kehidupan yang semakin sulit...
telah ku serahkan...
diri ini padaMu..
aku...
masih menanti...
sebuah keajaiban....
yang mengukirkan senyuman di wajah...
insan-insan yang aku sayangi...

aku berharap..dan terlalu berharap...
hanya padaMu sahaja aku memohon...
semoga Engkau kabulkan...
diari ini..telah ku letak kan jiwa...
agar yang membaca
dapat merasai
kesedihan di hati....


-mutiara kata-
usah dibiarkan hati terus menitiskan air mata
terhadap perkara yang tidak pasti
kerna ia sia-sia saja

"pencari kunci"














Saturday, 22 June 2013

-hati-

Assalamualaikum...

mesti ramai yang tak bangun lagi kan? hehe

hati..
apa maksud hati?
Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.

namun...
hakikat sebenanarnya...hati.. adalah sebuah perasaan atau naluri...yg kadang2 kita sendiri sukar menafsirkan...
tika waktu kita berduka... ape yg akan kita rasa? SEDIH..
tika waktu kita bergembira..apa yg akan kita rasa? GEMBIRA..
dan sebagainya

Hati perlu dipimpin agar ia menjadi bersih dan baik. 
namun
selalu berlaku..manusia sering melakukan penyakit hati...
sedangkan Allah telah memberikan sebuah hati yang baik pada asalnya
mengapa kita..yang mebintik hitamkan hati kita...
gagal kita memelihara hati kita...

fikir2 kan lah manusia..
sebenarnya...aku mengingatkan diri aku...

ya Allah, 
maafkan hambamu..kerana kami gagal memelihara hati yang telah Engkau berikan pada kami...
ampunkan kami...
sesungguhNya..kami hambaMu yg lemah,alpa,lalai...
ampunkan kami...

-nukilan-
"pencari kunci"

Friday, 10 May 2013

-untuk kamu-

tika fajar masih belum meninggi...
ku tersedar
melihat sekujur tubuh berjalan...
berjalan untuk melakukan tugas seharian...

fajar masih lagi belum menyingsing
ku telah pun mendengar...
desingan batu lesung
terdengar sesuatu sedang ditumis...
tika itu juga..
jam di dinding telah menanda kan
tepat jam 6 pagi
lalu aku di kejutkan..
"anak mama...bangun "..

aku melangkah dalam keadaan longlai...
berjalan tanpa membuka mata..
sesekali aku mencium dinding rumah agam ku..
namun sekujur tubuh itu
yang memimpin diriku..
untuk membersihkan diri..

setelah siap...aku melangkah
dan melihat di atas meja...
telah tersedia secawan susu..
berserta roti telur..
dan aku juga telah terlihat...
dua bungkus nasi beserta lauk..
satu untuk dirinya.
satu lagi untuk diriku..
bekalan untuk waktu tengahri ku

bunyi "pon pon" menandakan pemandu van sekolah setia menjemputku
dan sekujur tubuh itu..
bersiap sedia memakai baju putih nya ...
bersama tudung putih berline kan biru..
berjalan meniti hari demi hari...
menunggu bas di bibir jalan...
untuk mencari sesuap nasi...

sepanjang hari tidak kutemu dirimu..
kamu dihaluan mu..dan aku dihaluan ku
segalanya aku lakukan sendiri..
tika aku balik..
kamu telah pun balik..
namun wajah kepenatan mu...
dapat ku rasakan..
dan pastinya..kamu yang akan lena sebelum diriku lena
begitulah tiap hari...

namun..tiba2...
keadaan menjadi sebaliknya..
dan aku melepaskan segalanya...
kerna ku tau..
itu adalah tugasku sendirian..
lalu aku mengambil pilihan untuk menemani nya
banyak cacian..banyak tomahan..
telah ku terima kerna aku memilih untuk belajar di situ..

memang pada mulanya..
kehidupan ku..
menjadi huru hara..
menjadi tidak menentu...
namun...bapa ku sebagai penguat hidupku
betapa perit nya bapaku..berulang..
untuk mencari punca kesakitan itu..
namun tidak kami temui sehingga kini..
dan aku tau..segalanya
menjadi penguat diriku..
ketabahan...kekuatan...
dan segala sejarah kehidupan ku.
telah ku sematkan rapi..di dalam hati ini..
menjadi rahsia hatiku..
kerna kesedihan yang aku alami..di sepanjang hayat ku sehingga kini
adalah penguat diriku sekarang..

kini
mereka berdua memilih untuk besara di usia yang muda..
abah setia menemani mama..
dan mama juga ceria dengan hidup nya kini
walaupun aku tau
kadang kala kesakitan yang dialami itu 
cuba untuk disembunyikan olehnya
abah hebat..mama hebat..
oleh sebab itu..aziah hebat!!
dan kini
aku tidak boleh lagi melepaskan nya..
kerna ini adalah masa depan ku..

terima kasih Tuhan..
segala kepayahan hidupku..
sejak aku lahir..sehingga kini
menyebabkan aku matang..
terima kasih Tuhan
kerna segala yang berlaku itu
menyebabkan aku belajar 
menjadi diriku yang luar biasa
aku Bersyukur...
kerna segalanya yang ku alami itu
menyebabkan diriku,keluarga ku...semakin erat berdamping denganMu..

terima kasih wahai mama dan abah...
terima kasih juga kepada arwah tokyah,
mak tok,mak long,mak uda,cik yong,mak uteh,mak usu...aunt ani,aunt ros,aunt nab 
kerna aku membesar disamping kamu...
dan semua mama,ibu,mak,ummi,mummy yang ada di dunia..
telah melahirkan kami semua di dunia..
telah mendidik,mengajar,dan sentiasa berada disamping kami..
tika kami jatuh..kalian yang membangunkan kami
tika kami menagis,kalian yang menyapa lembut setiap berlian yang jatuh..
terima kasih terima kasih terima kasih...
mungkin juga..
ada diantra kita
yang telah kehilangan mereka
namun 
jangan bersedih wahai sahabat2 ku
kerna kehilangan mereka itu tidak semestinya mereka akan hilang dari hati kamu,wahai sahabat..
mereka tetap dihati kamu
dan kamu juga semestinya ada dihati mereka.
al-fatihah penghubung..tanda ingatan..
tanda lautan rindu,seluas langit biru tanda sayang kamu kpd mereka
jangan lupa segala nasihat mereka..
kerna itu adaah wasiat untuk kalian
al-fatihah





hanya kamu saja...
-yang membuat kan diri kami bahagia-





nukilan:
NORAZIAH BINTI MOHD DARUS
mahasiswi UiTM Shah Alam
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat
"wajah yang tenang tidak menunjukkan hatinya juga tenang"






Tuesday, 7 May 2013

Ape Tunggu Lagi!!!!

Assalamualaikum w.b.t

secara ringkas..secara tuntasnya...
kita sendiri dah nampak apa yg berlaku...
apa yang terjadi sekarang ni adalah perkara yang bukan lagi main2...
bukan lagi kita sebagai orang Melayu 
boleh goyang kaki..
boleh minum kopi sambil cecah roti..
Tidak!Tidak!
Bukti nya anda sendiri telah pun lihat..telah pun tatap..
antara setuju dan tak setuju...
suka dan tak suka...
kita perlu hadapi nya sekarang...
tidak perlu untuk menyalahkan orang lain..dan tidak perlu juga untuk berdendam dengan orang lain...
hakikatnya..kesannya telah pun TERJADI..
apa yang perlu kita lakukan sekarang??
 lakukan tranformasi..bagaiman ingin lakukan tranformasi????senang sahaja..Niat kita..niat kita sebagai rakyat Melayu yang beragama Islam...niat kita haruslah berteraskan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.bukan kemenangan yang kita perolehi adalah disebabkan manusia...bukan kekalahan kita disebabkan manusia...tetapi kita sendiri perlu lakukan perubahan itu terhadap diri kita sendiri.tidak kira lah anda seorang pemimpin ataupun seorang rakyat jelata..
itu yg penting sebenarnya...amalkan segala yang telah ditetapkan oleh agama..
Allah telah meletakkan kemudahan kepada kita...telah menetapkan perundangan yang sangat2 fleksibel terhadap semua...
Jujur dan Amanah adalah perkara yang paling penting.. Ingat harta..ingat wang..ingat segala yang kita gunakan sekiranya bukannya hak kita...
jawab lah nanti di akhirat...
ingat...gunakan segala nya yang kita perolehi itu ke jalan yang benar..
yang miskin harus dibantu..yang kaya,jangan terus berbangga dengan kemewahan yang ada...
ingat.."setiap rezeki yang kamu perolehi itu sebenarnye ada hak untuk orang lain"
Ayuh...lakukan tranformasi dalam setiap kekalahan.. 

jadi kita,aku dan kamu..serta kalian...
bangkitlah!!!!!
belajar lah bersungguh - sungguh...carilah ilmu itu tidak kira walau kamu berada di sektor mana sekalipun...
kerana ilmu yg kamu pelajari itu harus di manfaat kan kepada negara...
bangkit!!!kita bangsa yang hebat...
jangan biarkan mereka meninggalkan kita di belakang..
kerana sepatutnya..kita yang berada dihadapan..
kita yang perlu dihadapan..
kerana kita lah pejuang negara..
anda rasa tercabar????sedarlah...

wahai bangsaku..
dimanakah kamu tika ini...
wahai bangsaku..
adakah kamu masih lagi lena
wahai bangsaku..
tika kamu sedang lena
mereka disana telah pun celik
untuk mencari sesuatu di dalam hidup mereka

wahai bangsaku...
adakah kamu masih lagi tidak sedar
akan kelemahan diri..
wahai bangsaku..
adakah kamu masih lagi ingin lena
adakah kamu masih lagi ingin berlengah

bangkit!!
wahai bangsaku
bangkit dari birai katilmu
lakukan tranformasi secepat mungkin
wahai bangsaku

aku masih sayang kan kamu
wahai bangsaku..
tanam kan cinta kamu terhadap negaramu
wahai bangsaku..
lindungi lah negara mu..
hanya kamu..kamu generasi merdeka
jangan biarkan kemerdekaan yg di peroleh pergi begitu sahaja

wahai bangsa ku...
masih ada masa..masih ada waktu..
untuk kamu...mara..mara kehadapan..
wahai bangsaku...
sedarlah mulai detik ini..
bahwa kamu adalah generasi terhebat..
gunakan kehebatan mu itu
wahai bangsaku...
perjuangkan segalanya...
untuk negara mu yang tercinta..
kerna itujuga  dikira
sebagai
JIHAD

Thursday, 18 April 2013

//aku rindu abah mama aku
//aku rindu family aku
//aku rindu cikgu jun
//aku rindu kampung aku
//aku rindu cikgu2,lecturer2 aku
//aku rindu semua kawan2 aku

//semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera
//dah lama rasanya tak balik kampung..sejak datang sini...sampai ni..sampai dah nak midsem..habis midsem
//aku tetap di sini.. -mengeluh-
//TRAINING>>>>>>cepat la habis
//kerja aku banyak dah tertunda
//asignment aku,project aku,system aku,semua tertunda
//test,kuiz aku.. berkecai...

//ape nak jadi ni aziah....
//-mengeluh lagi-
//takda apa2 nak tulis..cume kali ni..lebih kearah karakter2 yang lebih mengganas sikit..
saje buat protes disini.. 

/* rasa macam dah lama sangat tak taip kat blog ini... lamaaa sgt. sampai kan rasa nya..pembaca2 setia aku pun dah lari.. aihhh kawann..jangan la lari.. byk lagi nak cerita... 

Assalamualaikum ...
(lebih afdal.)
aku rasa pejam celik pejam celik..kejap nya masa berlalu
sedar tak sedar...dah jumaat..
sedar tak sedar...dah nak bulan 5
cepat nya masa berlalu..
padahal preparation exam final tak buat apa2 pun lagi.. projek banyak lagi tak siap...
ermm... aziah aziah... rasa macam nak muntah tengok kerja banyak sangat ni..
dah la midsem burn cam tu je..
orang lain sibuk dok cuti...goyang2 kaki kat umah..aku plak la rajin nk dok hentak2 kaki...dok lari2 tiap pagi..saja nak hitam kan kulit...
pelik pelik..
tapi betul jugak kata lagu tu
"siapa suruh masuk tentera.."
"sudah tahu cari penyakit"
"lebih baik duduk di kampung"
"tanam ubi dan tanam jagung"

-belajar untuk menerima keadaan aku yang sekarang..-

belajar untuk membahagikan waktu dengan sebaik mungkin
mudahan Allah sentiasa bersama aku dan kalian

apa pendapat kamu tentang orang yang solat dengan cepat..
maksud aku : baru je Allahuakbar..
tiba2 je dan roku'
kadang2 rasa macam was2..
yela bukan la nk kata kita ni perfect sgt tp mcm nak tahu la kan..
camne korang bace selaju tu...*kagum*
tiba2 aku terfikir
kita ni solat kadang2 nak laju...cepat siap..
solat tu umpama sekadar nak cukup kan syarat yang kita ni taat perintah Allah
tapi kita tak fikir
yang terima ke tak..
tiap solat kita tu..
terima ke setiap air wuduk yang kita ambil tu..
sah ke tak solat kita tu
kamu renungkan...
sekiranya nanti apabila ditimbang amalan..
dacing yang disebelah kiri tu berat berbanding kanan.
dan makin lama /..kanan tu semakin kosong dan menjadi semakin ringan..
disebabkan..solat sehingga takda tomakninah(tak tau eja)
mengumpat..sedekah tetapi tak ikhlas...
sia-sia je kan buat amalan..
hasil akhir nya takdapat..
sebab tu la aku membuat kajian
contoh:
mengapa ketenteraan pada masa kini...
dan pada zaman Rasulullah s.a.w berbeza..sedangkan pada masa Baginda..
Baginda tidak pun menggunakan kekerasan..
tidak pun rendam dalam longkang ke..sideroll ke,skuad jump berjuta kali ke..tak da langsung..
namun mereka tetap mantap..sanggup syahid..sanggup menggadaikan nyawa demi mempertegakkan Islam..
tapi kita sekarang...
nak kata pegang senjata tembak papan pun takut..
ni kan pulak berdepan dengan musuh 
memang gagal la kan..

salah satu dari faktor nya..
mudah je
kita flashback kembali
tujuan hidup kita 
sebenarnya..kita ni gagal dalam kehidupan kita disebabkan 
kurangnya keimanan..
dan ketakwaan kepada Allah..
itu sebenarnya sebab utama...
sebab nya kita ni dah menyeleweng..salah simpang dari tujuan kehidupan kita yang sebenarnya..
kita patutnya bersyukur..
sebab telah dilahirkan Islam
namun kita protes
Allah dah bagi aturan..tutup aurat
buat segalanya yang disuruh..dan jauhi apa yang dilarang
tapi kita degil
nak jugak ikut apa yang menjadi trend sekarang
iye la kan..orang kata kalau tak ikut trend
kuno orang nya..-ape peduli org kata...yang penting kita sendiri!!!!
so bangun...
jangan terperangkap dengan kejahilan dunia yang semakin menggila
bangkit!!!!!

jadi umat manusia yang hebat..sebab kamu telah dilahirkan hebat
teguhkan pendirian
fokus pada setiap perlaksanaan
agar kita menjadi umat manusia yang perkasa
yakin
terus melangkah...jangan gentar di medan perang
kerana kita mausia biasa..mereka jga manusia biasa
yang membezakan kita adalah
kuasa
namun
harus diingat
kuasa itu bukan lah segalanya
kuasa itu tidak menjamin apa2
kuasa menyebabkan kita lupa
siapa diri kita yang sebenar
*/

Saturday, 30 March 2013

Assalamualaikum..

malam bertemankan bintang..siang bertemankan mentari. dan aku..kini berada di kediaman yang sgt asing bagi diri ku... entah mengapa aku terasa untuk berfikir.. mengapa jalan ini yg aku pilih untuk kehidupan ku...
adakah ini adalah jalan hidupku yang sepatutnya ku lalui.. untuk berpatah balik..tidak mampu untuk diriku... yang aku perlu ketahui adalah aku perlu melalui.. melangkah kehadapan.. dengan penuh perasaan gementar... penuh dengan perasaan ketakutan...penuh dengan perkara yang tidak mungkin aku jangka kan.

Ya Allah...semoga Kau kuatkan diriku..mental dan fizikal ku untuk aku terus berjuang menegakkan agamamu..

\\terasa lama sangat aku tak update blog ni. mula2 exam,lepas tu sibuk dengan anual dan sekarang dah mula kan kembali kehidupan sebagai mahasiswi. masa aku memang sangat terhad.bila dah masuk sem 2 ni..dah mula diperkenalkan dengan system...waaa pening sgt!!!entah ape2 la.adoii..kelas aku pulak agak full untuk setiap hari.balik je,perlu lak menjalankan tanggungjawab ku yang kedua di level..memang penat.
dan menyebabkan kehidupan aku sedikit tertekan. oleh sebab itu, aku lari mencari ketenangan pada hari ini.//

aku cume nk share sedikit pengalaman aku sewaktu aku di camp hari tu..anual camp untuk palapes udara di UUM.dua minggu aku kat sana. memang penat.tido tak cukup.makan pun tak cukup.orang Somalia pun tak macam aku.memang setiap hari kami akan menghitung masa dan detik supaya cepat berlalunya 2 minggu tu.
mula2 aku training disana dahulu sebelum melangkah untuk memasuki hutan.
memang byk bende aku belajar dari situ.. salah satu nya adalah semangat kerjasama. rasa macam stress bila org lain terlalu pentingkan diri mereka sendiri.-aku taknak la cerita kan(malas nak taip)

mula2 dekat sana macam biasa la...eh kejap,sebelum tu,kami bertolak dan berhenti ni Pengkalan TUDM Subang untuk ambik weapon.(rasa takut sangat2 pegang weapon,tapi kadang2 bangga jugak)-
lepas tu masa kat sana,macam2 pengalaman..ade satu hari tu,jurulatih tinggalkan kami dalam satu kumpulan di satu hutan.entah mane entah hutan tu.masa tu pelajaran COMPASS MATCHING.masa masuk tu ok je la..sampai kat satu masa...kami nampak kerbau..hitam..byk plak tu..pengalaman paling pahit bila antara group aku yang kena kejar dengan kerbau..aduhhh lawak..pastu masuk sawah padi,tang2 panas terik,pakai beg dan boot.memang berat teramat berat,.sampai termasuk kat dalam sawah.dan masa di tempat checkpoint terakhir..aku berada di satu signboard dan baca..fuyooooo aku dah sampai JITRA..selepas tu,dan nak akhr2 tu,kami membuat persediaan untuk ke hutan..masa kat hutan ni paling la memenatkan.panas terik...masa ni buat kat HUTAN ape tah.aku dah tak ingat.makan masak sendiri..masa malam TAWANAN..memang merasakan seperti peperangan yang sebenar la...bom sana bom sini..tembak sana,tembak sini..sampai kan bila peluru habis...baling je dengan batu..luka pun luka la musuh tu.-malas nak jadi baik sangat-dah la dalam pengkalan takda toilet,air terhad,makan terhad...sangat takut...takut kena tawan..takut kene berendam,siteroll dan sebagainya la..tapi alhamdulillah kami menjaga pengkalan kami sebaik mungkin.4 hari tak mandi..memang balik UUM balik dengan bau yang sangat harum la konon nya. sampaikan pak cik bas tu boleh komplen dulu kat jurulatih suruh kami tukar baju dulu baru naik bas. jangan pakai baju no 4.tapi yang paling best dan menggeramkan pegawai peringkat aku...bila kami naik je bas dan bas mula bergerak..kami sume pasti pengsan tahap maksima...hanya menyedarkan diri bila suruh turun solat dan makan.lepas tu kami pengsan balik.balik2 memang hitam legam.,
terkejut mak aku tengok.anak dia dah berubah.tapi itu lah pengalaman paling indah yang pernah aku perolehi..sebab pengalaman macam ni bukan semua orang ada..hanya orang tertentu je yang mampu perolehi nya.

*dekat sini...aku belajar apa2 pun berlaku...kerjasama antara satu pasukan tu mesti ada..jangan pernah mementingkan diri sendiri..nak kata aku ni mantap sangat tu tidak la tapi nak tak nak aku kena usaha untuk jadi mantap macam mereka..*

\\kini kehidupan aku mula beralih di KOLEJ TERATAI..dimana budak2 palapes duduk.penat jangan cerita la.sehingga aku rasa tertekan sangat2..rasa tak tenang hidup. lalu,pada hari ni...Tuhan telah tunjukkan aku satu jalan..telah tertulis untuk aku ke program RAKAN DINAMIK.dimana seperti usrah..yang paling muda,aku la..hahha.yang lan semua tua2 dari aku.apa yang akak2 tu cakap memang betul.."Allah telah tetapkan kita untuk berada disini...berada di majlis ilmu ini...mungkin ada sebab..Tuhan telah memilih kita...namun,ia menjadi pilihan kita pula..adakah kita nak teruskan di landasan yang Satu ini ataupun untuk menepis perjalanan itu kerana ia mengehadkan kehidupan kita."..
"aku berfikir pula...alhamdulillah Tuhan telah menetapkan aku untuk ke program seperti itu pada hari ini..agar aku mengingati untuk melakukan setiap tugas ku kerana Allah..dan mengikhlaskan hati...ini lah masa untuk berubah..dan bersyukur kerana kita dilahirkan terus Islam..sedangkan ramai lagi khalifah di muka bumi Tuhan ini sedang mencari Apa Itu Islam??tetapi kita sendiri yang menolak segala nya..menolak segala perkara yang sepatutnya menjadi pegangan kehidupan kita..cuba kita hayati...dan reflex balik perjalanan kehidupan kita..pernahkah kita fikir yang kita bukan sahaja hidup disini..tetapi ada lagi kehidupan yang lain...kadang2 kita sendiri lupa bila kita sentiasa memikirkan dunia...kita lupa kan Allah..
aku merasakan kehidupan ku kosong..hatiku tidak tenang...dan Alhamdulillah...Allah membrikan solution kepada diriku dengan menghadiri usrah pada hari ini..
aku cuba ya Tuhanku...cuba untuk perbaiki diriku..semoga Engkau mengkabulkan kehendak hatiku untuk berubah kearahMu..
inshaAllah



-----\\saja nak komen
tiba2 teringatkan izzat.dulu dia selalu sms aku..tapi sekarang mungkin dia sibuk dengan final exam..semoga kau,fizah dan fathi dapat buat yang terbaik ye final ni...kami  semua menantikan kau..
GOOD LUCK GUYs

\\komen lagi
Tahniah juga kepada  SMK SERI JEMENTAH kerana mendapat penganugerahan daripada negeri JOHOR.teruskan momentum kearah kejayaan. bekas2 students sekolah sentiasa doakan. Tahniah jugak kepada guru2 yang mendapat perkhidmatan cemerlang untuk tahun ini.

\\komen 
kali ini aku dikejutkan dengan pemergiaan arwah UNCLE AZIZ.mungkin ini salah satu yang membuatkan aku makin kosong. hati ku sedih..diatas kepergiaanya..sayang seribu kali sayang..aku rindu die...dah lama aku tak balik Penang.tiba2 die pergi begitu saja. memang terkejut masa dapat berita tu.
apa2 pun Allah menyayangi nya..maafkan kesalahan aziah dengan uncle.uncle banyak sangat bagi aziah macam2. I LOVE U UNCLE AZIZ.abang hisyam,u have to be strong...he loves u n knew that u already can be a responsible person now.that y,he leave u.
*aku rasa kosong sangat...aku rasa macam orang2 yang aku sayang semakin jauh meninggalkan aku..dan aku..pastinya kesunyian selamanya*                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

Tuesday, 1 January 2013

rocket...fire!!!!!

Assalamualaikum

tiada kata seindah bahasa.. tiada madah bila tiadanya pujangga
untuk entry kali ini.. kawan2.. rakan2.. teman2.. lecturer2.. cikgu2.. (konfem kalau publish kt FB ni  anda semua melihat)


..
setiap manusia mempunya target atau dalam bahasa melayu dipanggil sebagai sasaran.
sasaran hidup yang didambakan..
tetapi kadang2.. kita melihat target itu hanya dari skop duniawi semata - mata.
bukan nya dalam skop yang luas iaitu keseluruhan hidup kita
 
Pertama sekali dalam kehidupan kita.. Apa target kita di dalam kehidupan kita??
jawapan memang mudah.. bila tanya soalan ni.. confirm akan jawab.. "apa punya soalan la kau bagi ni epal.. senang..kacang putih..kacang goreng..kacang dal"..-mestilah nak berjaya cemerlang dalam exam. nak dapat 4.0 flat. nak dapat isteri/suami baik. nak rupa macam korea.. 
tapi bagi aku..
skop target itu adalah meluas.. kita perlu tahu bahawa target kehidupan kita adalah untuk kehidupan kita dunia dan akhirat., kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. 
jikalau kita target seperti ini. secara automatik jawapan yang "4.0 flat,rumat flat apa semua tu terangkum sekali di dalam ini"...
kita perlu tahu bahawa apabila target kita adalah penghujung nya syurga,,
oleh itu,peluang kita untuk mencapai target kita adalah terbuka luas... 

Kedua adalah Untuk siapa target ini dilakukan??
Target yang kita lakukan ini bukan untuk orang..tetapi target lah sesuatu itu untuk diri kita sendiri...
diri sendiri dijaga oleh hati kita.. maka jagalah dan bersihkan hati kita... harumkan dengan wangian2 zikrullah.. dekat kan diri dengan jalan2 kebaikan.. dan mandikan lah hati kita sewaktu solat dengan menundukkan diri kita kepada Pencipta kita...menyerahkan seluruh hati kita kepada kekasih yang sentiasa setia sehingga hujung nyawa kita... bukan menyerahkan hati kepada kekasih yang belum tentu menjadi milik kita.. 

Selain itu, hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja.. bukannya selamanya.. Ingat lah bahawa bila-bila masa sahaja kita akan mati... sekelip mata sahaja. Jadi, persiapkan diri kita dengan bekalan2 yang akan kita bawa ke akhirat nanti..  dan mudah sahaja untuk mencapai target kita...
caranya dengan "amar makruf nahi mungkar"... kalau kita ikut aturan nya.. segalanya akan jadi mudah..

-----> entry ini untuk exam.. target kita sekarang untuk exam.. maka tuntutlah ilmu itu di niatkan kerana Allah. bukan kerana nak 4.0 flat.. bukan kerana nak mencapai kemegahan hidup di dunia.. 
"oo aku 4.0 flat..bangga..kembang hidung semua..bukan..bukan..tapi niat kerana Pencipta dan targetkan ilmu itu untuk memakmurkan kehidupan kita dunia.,.yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat..
memang kita tak mampu untuk jadi seperti orang lain..
jadilah diri kita sendiri..
kejayaan yang cemerlang bukan ditentukan dari segi 4.0flat ataupun straight A's
tetapi kejayaan yang cemerlang itu datang apabila kita niatkan kejalan Tuhan"
-pesanan mama...
bak kata orang tuntut lah ilmu sehingga ke negeri China.. dan kita tahu bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib. maka beradab lah dengan ilmu. 
 
untuk teman/pembaca: selamat maju jaya dalam kehidupan anda.
kekal kan momentum itu. dan capai lah target kehidupan anda iaitu dunia dan akhirat
doa ku sentiasa dengan kalian

sasarkan lah sesuatu untuk kebaikan hidup
bukan sahaja untuk diri,
tetapi perlu diperingatkan juga untuk keluarga,masyarakat,agama,bangsa dan negara
sasaran
kita sebagai Muslim
bukan hanya kehidupan dunia
kerana dunia bukan segalanya
sasarkan sasaran anda umpama anda menembak musuh
sasarkan lah kejayaan anda umpama ini perjuangan anda yang terakhir..
wahai teman..wahai rakan..
ingatlah bahawa..
jangan lari dari medan perang sebelum kita berusaha untuk berlawan..
maka 
kuatkan semangat
kuatkan diri
teruskan kehadapan
mara tanpa ketakutan
serta dengan wajah keyakinan
kerana di situ sebenarnya permulaan kejayaan
kejayaan bukan hanya dalam peperiksaan
tetapi kejayaan yang paling utama adalah kejayaan dalam kehidupan kita
dunia akhirat
jadikan ia sebagai pendirian hidup

------
ini hanya sekadar pendapat.. sekiranya salah.. harap perbetulkan.
dan aku dah mula bersedia untuk publish kan kembali blog ini ke dlm FB untuk bacaan rakan FB
terima kasih untuk semua...