s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Tuesday, 1 January 2013

rocket...fire!!!!!

Assalamualaikum

tiada kata seindah bahasa.. tiada madah bila tiadanya pujangga
untuk entry kali ini.. kawan2.. rakan2.. teman2.. lecturer2.. cikgu2.. (konfem kalau publish kt FB ni  anda semua melihat)


..
setiap manusia mempunya target atau dalam bahasa melayu dipanggil sebagai sasaran.
sasaran hidup yang didambakan..
tetapi kadang2.. kita melihat target itu hanya dari skop duniawi semata - mata.
bukan nya dalam skop yang luas iaitu keseluruhan hidup kita
 
Pertama sekali dalam kehidupan kita.. Apa target kita di dalam kehidupan kita??
jawapan memang mudah.. bila tanya soalan ni.. confirm akan jawab.. "apa punya soalan la kau bagi ni epal.. senang..kacang putih..kacang goreng..kacang dal"..-mestilah nak berjaya cemerlang dalam exam. nak dapat 4.0 flat. nak dapat isteri/suami baik. nak rupa macam korea.. 
tapi bagi aku..
skop target itu adalah meluas.. kita perlu tahu bahawa target kehidupan kita adalah untuk kehidupan kita dunia dan akhirat., kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. 
jikalau kita target seperti ini. secara automatik jawapan yang "4.0 flat,rumat flat apa semua tu terangkum sekali di dalam ini"...
kita perlu tahu bahawa apabila target kita adalah penghujung nya syurga,,
oleh itu,peluang kita untuk mencapai target kita adalah terbuka luas... 

Kedua adalah Untuk siapa target ini dilakukan??
Target yang kita lakukan ini bukan untuk orang..tetapi target lah sesuatu itu untuk diri kita sendiri...
diri sendiri dijaga oleh hati kita.. maka jagalah dan bersihkan hati kita... harumkan dengan wangian2 zikrullah.. dekat kan diri dengan jalan2 kebaikan.. dan mandikan lah hati kita sewaktu solat dengan menundukkan diri kita kepada Pencipta kita...menyerahkan seluruh hati kita kepada kekasih yang sentiasa setia sehingga hujung nyawa kita... bukan menyerahkan hati kepada kekasih yang belum tentu menjadi milik kita.. 

Selain itu, hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja.. bukannya selamanya.. Ingat lah bahawa bila-bila masa sahaja kita akan mati... sekelip mata sahaja. Jadi, persiapkan diri kita dengan bekalan2 yang akan kita bawa ke akhirat nanti..  dan mudah sahaja untuk mencapai target kita...
caranya dengan "amar makruf nahi mungkar"... kalau kita ikut aturan nya.. segalanya akan jadi mudah..

-----> entry ini untuk exam.. target kita sekarang untuk exam.. maka tuntutlah ilmu itu di niatkan kerana Allah. bukan kerana nak 4.0 flat.. bukan kerana nak mencapai kemegahan hidup di dunia.. 
"oo aku 4.0 flat..bangga..kembang hidung semua..bukan..bukan..tapi niat kerana Pencipta dan targetkan ilmu itu untuk memakmurkan kehidupan kita dunia.,.yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat..
memang kita tak mampu untuk jadi seperti orang lain..
jadilah diri kita sendiri..
kejayaan yang cemerlang bukan ditentukan dari segi 4.0flat ataupun straight A's
tetapi kejayaan yang cemerlang itu datang apabila kita niatkan kejalan Tuhan"
-pesanan mama...
bak kata orang tuntut lah ilmu sehingga ke negeri China.. dan kita tahu bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib. maka beradab lah dengan ilmu. 
 
untuk teman/pembaca: selamat maju jaya dalam kehidupan anda.
kekal kan momentum itu. dan capai lah target kehidupan anda iaitu dunia dan akhirat
doa ku sentiasa dengan kalian

sasarkan lah sesuatu untuk kebaikan hidup
bukan sahaja untuk diri,
tetapi perlu diperingatkan juga untuk keluarga,masyarakat,agama,bangsa dan negara
sasaran
kita sebagai Muslim
bukan hanya kehidupan dunia
kerana dunia bukan segalanya
sasarkan sasaran anda umpama anda menembak musuh
sasarkan lah kejayaan anda umpama ini perjuangan anda yang terakhir..
wahai teman..wahai rakan..
ingatlah bahawa..
jangan lari dari medan perang sebelum kita berusaha untuk berlawan..
maka 
kuatkan semangat
kuatkan diri
teruskan kehadapan
mara tanpa ketakutan
serta dengan wajah keyakinan
kerana di situ sebenarnya permulaan kejayaan
kejayaan bukan hanya dalam peperiksaan
tetapi kejayaan yang paling utama adalah kejayaan dalam kehidupan kita
dunia akhirat
jadikan ia sebagai pendirian hidup

------
ini hanya sekadar pendapat.. sekiranya salah.. harap perbetulkan.
dan aku dah mula bersedia untuk publish kan kembali blog ini ke dlm FB untuk bacaan rakan FB
terima kasih untuk semua...

Thursday, 20 December 2012

kuatkan semangat

kadang2 kita terlupa..
apa yang diperkatakan oleh kita
kadang2 kita alpa
dimanakah kita..
saat kita susah
saat kita jatuh
saat kita kecewa
dan
kita sedar
kita telah pun gagal sekali lagi dalam kehidupan kita

dimanakah kita ingin mengadukan kesedihan kita
tika air mata ini jatuh
tika hati bagaikan dirobek halus
Tuhanku...
kuatkan semangatku
untuk menempuhi kehidupan ku
perjalanan ku semakin berliku
bagaimana aku ingin mengharunginya
Tuhanku...
mengapa aku yang perlu melalui semua
mengapa aku yang dipilih oleh Mu
mengapa aku tidak seperti mereka..

Tuhan
aku tidak layak untuk berada disisiMu
aku lemah ya Tuhanku.
apa yang harus aku lakukan lagi ya Tuhanku..
aku telah lakukan semuanya
namun
mengapa tetap sama..
mengapa ya Tuhanku..
mengapa aku??
haruskah aku berputus asa untuk kehidupan aku..
haruskah aku untuk mematikan diriku
untuk tidak lagi merasai perasaan kecewa ini..
perlukah wahai Tuhanku

Tuhan...
telah kau ciptakan diriku di dunia ini
hanya aku yang layak dari berjuta-juta
adakah kerana aku kuat untuk hidup di dunia ini
ya Tuhanku
kenapa aku berfikir semua ini
Tuhan.
kuatkan semangatku untuk aku menempuhi segalanya ya Tuhanku
aku ingin kannya
aku kecewa ya Tuhanku..
aku kecewa kerana diriku sendiri..

Tuhanku..
apa yang aku perlu lakukan sebenarnya..
berilah petunjuk terhadap diriku
aku lemah ya Tuhanku
kuatkan diriku

Tuhan...
aku serahkan nasibku padaMu
sekiranya Engkau merasakan ia terbaik untukku..
aku terima seadanya
kerana Engkau sahaja yang tahu apa yang terbaik untukku..
aku terima ya Tuhanku..
terima seadanya yang ada pada diriku
mencintai diriku seadanya aku
aku menerimanya ya Tuhanku
ya Tuhanku..
Kau kurniakan lah sesuatu
untuk membuatkan diriku tersenyum
hanya Engkau sahaja yang mampu membuatkan dirik tersenyum girang
kuatkan semangatku ya Tuhanku

terima kasih ya Tuhanku
kerana hanya Mu sahaja yang sentiasa berada di samping ku
menerima seadanya hambaMu ini
walaupun hambaMu ini selalu alpa terhadap Mu
maafkan diriku sekali lagi ya Tuhanku
berilah aku sekali lagi peluang
untuk aku menjadi diriku yang sebenar

wahai diriku
lupakan kenangan lepas.
pandang lah kehadapan

ya Tuhanku
aku hanya ada diriMu..
jangan Kau jauhkan diriku dari Mu
itu sahaja permintaan ku..


Saturday, 15 December 2012

tiada kata secantik bahasa

Assalamualaikum...

apa khabar pembaca setia?? Mesti korang dah tunggu lama kan.. tp aku tak jugak2 post.
Sorry, sebab aku sangat la sibuk melalui hari aku sebagai mahasiswi. -konon je-

Alhamdulillah.. syukur dengan apa yang Allah berikan pada diriku. Ya allah, hari ni tamat lah training selama 6 minggu berturut2..berpenat lelah tiap2 minggu.. study??-hampeh-
kadang2 aku rasa jeles melihat rakan2 aku.. study.. dan hebat dalam stdy. korang pasti tahu kan.kuiz dan test dua bende paling aku tak suka. sangat2 menyeksakan aku..
dorang sentiasa perform. sentiasa bagi yang terbaik untuk diri dorag. tapi aku?? mungkin usaha aku tak cukup.. namun aku bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan.. sedih?sapa tak sedih kalau tak dapat full mark kan. tapi dalam masa yang sama.. aku cuma cakap.. alhamdulillah alhamdulillah sebab aku berfikir no wonder n mmg sepatutnya mereka dpt kerana mereka ade 7 hari dalam seminggu untuk study.. dan aku??cuma ade 4 hari..isnin,selasa,rabu khamis untuk aku fikir pasal stdy aku.. hari2 tu jugak lah hari untuk aku rest dan bina kembali stamina aku selepas penat berpulun melanyak fizikal aku yang tak seberapa ini..

training?? jujur aku cakap.. memang sangat penat. berlari ,dihukum..segalanya dah sebati dengan aku sekarang. tar tu umpama tilam yang berharga beribu2.. lecak dan hujan umpama shower untuk kita membersihkan badan.. peluh umpama perfume bagi aku..
pada mulanya.. aku memang seorang yang lemah.. aku tak mantap pun. jujur. aku bukan lah seorang atlet sekolah,bukan lah pemain bola jaring,pemain bola tampar.. dan aku lah pelajar yang paling tak aktif dengan sukan.sebab tu la aku tak dapat title pelajar unggul masa sekolah.hoho
namun, aku tak pasti kenapa.. aku mula mengerti.. bahawa.. kekurangan aku pada fizikal aku..menyebabkan aku memilih di perjalanan ni. dan aku mengharapkan perjuangan aku ini sehingga titisan darah yang terakhir. -semangat nya weyh-haha
tapi, makin lama aku rasa makin mantap. benda yang aku tak sangka aku boleh buat. iaitu berjoging satu uitm shah alam. pada setiap pysical training(PT pagi)..woooo..aku tak pernah jog kot.kalau diberi pilihan antara jog dan tido. aku pilih tidoooooo.

kini, baru aku sedari.. memang betul. segala tindakan kita dikawal oleh minda kita. sekuat mana pun fizikal, tapi kalau mental tak kuat.kita takkan kuat. tp kalau mental kuat,fizikal secara on the spot akan kuat jugak. macam tu jugak dengan belajar.. set kat mental, yang korang boleh!!!aku boleh!!!!secara automatik,electron positive akan flow.sebab minda mengawal segala nya.dan pastikan matlamat korang. aku belajar sesuatu dari seseorang. bila aku tengok segala tindak tanduk dia.aku kesal.aku sedih.tapi aku tak tunjuk kat dia.
 stu je... korang kena tetapkan matlamat korang.  
apa yang korang nak tuju dalam masa yang terdekat.
dan apabila korang dan masuk dalam sesuatu tu, try untuk habiskan.
jangan separuh jalan..jangan mengalah sebelum mencuba.
itu yang aku belajar..sebab aku tidak pernah mengatakan aku perfect.tetapi aku cuba untuk menjadi perfect untuk diri aku sendiri..jadilah kebanggaan untuk diri sendiri bukan untuk orang lain.sebab itu akan mendatangkan kegembiraan untuk diri anda.percayalah~

untuk korang..yang membaca..apa pun yang korang pilih dalam hidup korang. jangan cepat mengeluh. jangan cepat mengalah. jadikan ia sebagai pembakar semangat. memang la susah kan nak harungi. tapi,cuba fikir mana ada benda yang senang dalam dunia ni. nak masuk toilet pun sekarang kena rm0.50 sen. jadi, nothing impossible in this world. if u think that u can do it. u will do it. percayalah.
dan dalam masa mengejar impian,jangan lupa bumi yang korang pijak. jauh mana pun korang,tinggi mana pun pangkat dan darjat,ingat kampung..ingat tempat lahir..ingat ibu bapa. disitu sebenarnya permulaan kalian dan aku jugak.kegembiraan itu jangan dijadikan sebagai alasan untuk korang lupa akan tempat yang menjadi tatangan korang pada masa dulu.
--->peringatan untuk diri sendiri jugak

jadi,goodluck for all. try to get somethings for your life. think positives in everythings.

untuk mama abah:
terima kasih kerana bagi semangat dekat aziah
walaupun aziah telah kehilangan seorang kawan dan sahabat untuk aziah
bersama-sama meraikan kegembiraan sebagai Lft, Muda 3 tahun akan datang
aziah akan cuba teruskan sedaya upaya aziah
sedaya mungkin..
menghabiskan keringat aziah demi untuk agama,bangsa dan negara aziah
aziah cuba mama,abah
mungkin aziah tidak sekuat mereka
tapi aziah cuba untuk menjadi kuat untuk diri aziah sendiri
mama abah..
kehidupan aziah selama 19 tahun ini membuatkan aziah tabah
dalam segalanya.
gagal,jatuh bangun aziah
kesedihan aziah
cuma aziah yang rasa,aziah yang lalui..
air mata yang aziah sembunyikan selama ini..cukup sekadar aziah yang rasai
biarkan setiap senyuman tu menutupi segala kesedihan
aziah dah bersedia lama untuk segalanya.
mama abah,doakan perjalanan aziah
sepenat mana pun aziah dengan training,pelajaran aziah tetap no 1
itu janji aziah
doakan perjuangan aziah untuk mencapai cita2 aziah dunia akhirat
salam rindu dari perantau...

ketika dirimu lahir ke dunia
mata mu tertutup rapi
pada masa itu kamu tidak mengenal lagi dunia ini
namun
semakin lama
matamu terbuka luas melihat dunia terbentang luas
mata mu telah terpana pada anak mata ibubapa mu
ketika itu
cinta pertamu mu di dunia telah pun hadir
namun
mengapa dunia telah menghasutmu
untuk kamu melupakan cinta pertamamu
lalu menggantikan cinta pertama itu kepada orang lain
wahai insan yang bergelar remaja
meningkatnya usiamu
perlu dimatangkan dengan pemikiranmu
sedarlah wahai remaja..
bangun dan bangkit lah kamu dari cinta yang dusta
jangan lah leka dan lalai mengejar cinta yang belum pasti lagi menjadi milikmu
remaja...
bangun lah..bangkitlah...
perjuangkan agama,bangsa dan negaramu
kerana
ini saja harta peninggalan kita...


hari pertama bergaya dengan baju ni.
baju ni bukan size aku.besar gedabak
macam baju hujan-kata puan nina
semoga kuat mental+fizikal
aziah boleh!!!



Wednesday, 28 November 2012

puisi rindu

tika duduk bersendirian..
taktala itu
aku teringatkan kisah dan kenangan kita bersama

masih lagi terngiang suara manjamu..
masih lagi terlihat gerak geri dan tingkah laku mu
masih lagi ku melihat gerak tawamu

ketika malam diulit mimpi..
aku terlena dengan kenangan kita
namun
tersedarnya aku dari mimpi..
air mataku bertaburan 
bila menyedari.. kamu tiada disisi

kita..
telah dipertemukan di sebuah pertemuan
telah dipertemukan di sebuah persimpangan
namun 
kini
kita telah pun berpisah di sebuah perjalanan

aku cuba untuk menghilangkan rasa rindu ini kepadamu
namun..
semakin ku menghilangkan nya, semakin itu bayangan mu semakin menghampiriku
aku benar-benar merinduimu
benar..
sekiranya mampu aku untuk menjerit agar satu dunia mampu mendengar
aku ku ungkapkan perasaan rindu ini padamu

sahabat..
mungkin aku bukan yang terbaik yang kamu ada
tetapi
ingatlah bahawa doaku sentiasa mengiringi kamu

sahabat..
semoga kalian sentiasa dibawah perlindunganNya
semoga kalian juga merasai perasaan yang sama seperti ku
semoga kalian tidak melupakan ukhwah yang kita bina bersama

walaupun jauh mana sekalipun
berjuta-juta sahabat yang hadir
tidak mungkin sama antara satu sama lain.

sahabat..
telah ku berikan segalanya..
dan aku berharap telah ku berikan segalanya
secukupnya..
kasih sayang ini padamu..

sahabat...
terima lah sekiranya
satu hari nanti
kita tidak mungkin bertemu lagi
sekiranya aku
tiada lagi dalam hidupmu
jangan lah dikau padamkan rindu dan sayangmu terhadapku selamanya..

Thursday, 15 November 2012

Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang telah Tuhan berikan untuk kita..

Assalamualaikum...

tibe2 teringat balik kenangan2 lalu.. kenangan selama 19 tahun kehidupan.. rindu nye waktu sekolah... lebih2 lagi masa sekolah menengah..
banyak bende berlaku bersama time sekolah...

SEKOLAH
satu2 nya kelas yang mempunyai kaum melayu ramai dan dimonopoli oleh kaum melayu adalah kelas aku..
kelas 5 Perdana...
kalau selalu..kelas awal2 ni semua chinese.
Perdana-membawa maksud gah dalam semuanya..sempurna dan sentiasa ada dihadapan..
kadang2...
aku suka sangat duduk dekat koridor kelas aku..sambil intai2 cikgu...
semua nya aku boleh tengok dari luar bilik tu...-muke jahat sikit sebenarnya..nak tengok cikgu mana yang cuti..hahha- ;p (boleh hooray hooray)

kalau time addmath plak bersama cikgu jamaliah.. yang aku ingat sekali.."ni kali pertama budak melayu lulus addmath"..dan kelas ni kalau aku tak siap keje.. drama yang aku selalu buat "cikgu.ni mcm mana ek..tak berapa paham la soalan.."..haha
dan cikgu ni kalau balik kampung.. die akan pambai tangan die dari bilik guru.. panggil aku dari kelas untuk ambik kopok yang die bawak dari terengganu..


rindu jugak dekat ustzah..rindu nak naik kereta ustazah.. ustazah selalu tumpang kan aku time balik sekolah. die nampak aku jalan kaki dari sekolah ke rumah aku..erm dalam 4.5km la..balik2 memang menggigil kaki..lenguh..die belanja air tebu.. aku rindu nak teman die beli sayur dekat pasar..
rindu dengan cikgu supie aka abah kiteowg..terima kasih sebab banyak sangat bagi word cemerlang dalam buku "karangan " saya.. 

rindu dengan cikgu nazan (cikgu fizik aku yang selalu bagi homework banyakkkkkk sangat waktu cuti dan aku akan siapkan soalan yang macam ni "what is the meaning of......"..)tu je..
kalau cikgu bio aku..cikgu ahzan..erm time ni aku suke duduk kerusi lebih dari satu..kalau aku.paling minimum bangku aku duduk adalah 4..die akan cakap "besar punggung awk ye"..

cikgu jun..erm akak aku ..actually rindu kat dia.. 
time die ni dulu.. aku suka sangat keluar kelas..biase la sejarah kan..huhu..ngntok...
aku akan cakap 'cikgu,nak pergi tandas' dan aku pun pusingggg satu sekolah..bunyi je loceng..aku pun masukkkkk..haha-ishh jahatnye-..tappi make sure keje siap la beb..n perform time exam..cnfirm die senyum tengok result...dan tak kisah kalau buat macam tu..
tapi sebenanrnye sampai sekarang dia tak tahu pun hal ni..-kalau die baca,maka terbongkar la segala kejahatan aku-

kalau time kimia plak dengan cikgu mas..akak aku jugak ni..actually muka kami dekat2 serupa..-tengok profile picture fb aku-cikgu yang tak reti marah budak..dan pernah sekali marah kelas aku sebab tak hantar buku latihan.die merajukk.dan kami pergi meja dia dan cakap "cikgu,saya mintak maaf...janji tak buat lagi"..'kalau exam..ayat nye macam ni "cikgu....soalan susah..cikgu,markah bonus eh...janji kiteowang belajar bersungguh-sungguh"..(ayat ni valid time exam je..lepas tu hampeh)

time tasawur...aku memang akan menjadi budak muke fotostat..erm banyak kenangan sebenanrnye..nak cerita semuanya memang malas nak taip..kalau nak tau..tnya depan2.. ;p

dan paling aku rindu:
aku rindu dengan baju biru,kain biru dan tudung biru aku sambil marah budak...
"saya bagi masa 10 saat..dalam masa 10 saat korang tak keluar dari kantin..siap korang!!"
"rindu nak bercakap atas stage"..
"rindu nak baca ikrar"
atas stage tu sebenarnye aku bina kekuatan diri aku..dan untuk menonjolkan diri aku..atas stage tu jugak la segalanyanya..koir merdeka(menang every year),kelas terbaik(setiap tahun),kelas ceria(every year)..
atas stage tu jugak abah aku naik untuk memberi sijil anugerah lonjakan sewaktu trial SPM..
atas stage tu jugak aku berpidato..semuanya..banyak sangat kenangan..
dan paling aku suke..jaga pintu pagar..sambil termenung..-tak tahu la fikir ape-

banyak nye kenangan dekat sekolah/...aku bukan je rapat dengan cikgu tetapi staf2 jugak..dan mak cik cleaner boleh bagi kunci toilet yang sepatutnya tak boleh digunakan..VIP TOILET..bagi kat aku je..ahahhaha..memang dasyat la..aku gune time aku terdesak je..time xterdesak..aku tak gune...
masih aku ingat langkah terakhir aku bergelar pelajar SMK SERI JEMENTAH(sekolah kampung je) selepas subjek BIOLOGY PAPER 3.
-sedihnye-



MATRIK
kalau time matrik plak..erm rindu nak bersama korang..
mula2 memang tak kenal sapa2..tapi makin lama .. kita mengenali masing2..
dekat sini aku dapat roomate yang terima aku seadanya.. -parimala,ika,simah-(modul 1)..
aku kenal kawan2 dari semua pelusuk negeri..
dan aku masih ingat lagi tulisan di batu..dekat library..
masih ingat lagi kita main squash sama2.. masih ingat lagi macam mana aku pukul bola sampai kena hani.-opppsss-
kita sambut bzday eana,mira ngn lain2.. hanim buat cupcakes pedas..hohoho..korang main soya basi..-eeee geliii-
masih ingat lagi kita kena buat lakonan sebelum presentation BI.. masih ingat lagi pasal SOMALIA aku. masih ingat lagi kita makan sama2 masa dah nak akhir2 semester..
masih teringat lagi kita sama2 buat peralatan untuk persembahan teater bagsawan TUN TEJA..
masih ingat lagi gaya cikgu2..
cikgu dayah..dah jadi bahagian pentadbiran dah..
mengajar dengan bersungguh2...
masih ingat lagi masa daus tnya,lepas tu die cakap "ape die..kamu ulang balik..saya blur"..
tak pun ayat die "ape jawapannye ni!!!!!!..heeeyyyyy cepat la..aku dah lapar ni"..-kecut giler-

banyak sangat kenangan.. kenangan nasyid,kenangan choral speaking,kenangan2 yang tak mampu aku luahkan..-tak tahu nak cerita..terlalu complicated nak di ceritakan.. biarlah ia hidup dalam hati ku..

kenangan keluar bersama-lelaki jadi kuli tolong angkat barang shopping-
kenangan mengintai2..hahahhahha
memang suke mengintai orang sejak sekolah lagi..jadi tak heran la aku dok menuggu orang bawah pokok tiap pagi kan...-kenangan je..-entah sape plak la yang mewarisi perangai aku kan..

mak cik kopok lekur n ice blended..ai rinduunye..
rindu waktu matahari terbit dan matahari terbenam...
aku suke tengok dari aras 4.. cun la..(takda kene mengena dgn mentari/bulan ye)

KMNS-kami menjana nilai dan score

setiap tempat yang aku pergi.. aku akan pastikan ada seseorang yang menjadi frontsupport untuk aku.. macam tu jugak di sini.. 

maaf puan..saya ambik gambar puan secara tak sengaja
kalau tengok betul2 gambar ni..agak2 ada rupa siapa?????fikir2 kan la..

dia.. puan nina
mesti korang tanya kenapa panggil puan..dah kahwin ke?lecturer ke?hahha..
tidakkk sama sekali..
-puan kerana kami dalam service..-
dia banyak bagi support kat aku..
"fitness boleh carik azie...yang penting mental kena kuat"
"saya yakin awak boleh azie".
"kalau ade masalah,cerita dekat saya"
"lutut awak macam mane"
kalau tak tahu,tanya tau azie"
macam mana training??ok x??

dan kalau aku rindu kat orang yang seakan2 dia.. aku akan tengokk die. hari selasa,aku akan tersengajakan diri aku untuk lalu dekat tangga kolej TERATAI..untuk terserempak dengan die
..senang cite,die ni banyak ion2 positif la.. yang buat aku semangat..lagipun die sama kos dengan aku.. jadi mudah untuk aku mintak nota.. ;p
cume die je tak tahu semua tu

terima kasih puan.. terima kasih puan
saya akan pastikan saya dapat mengatasi puan.

untuk semua..terima kasih kerana ada dengan aku selama ni..

untuk cikgu omar => saya akan pastikan saya akan tetap menjadi nombor 1 sampai bila2...
janji saya pada cikgu.. saya adalah nombor satu selamanya.
kalau cikgu tahu la.. agak2 apa reaksi cikgu terhadap saya?
boleh ke cikgu ubah persepsi cikgu tentang "anak manja" tu..
..........

untuk cikgu nazan => dulu cikgu ingat tak saya pernah cakap 'cita2 saya nak jadi angkasawani negara" .. nak turun dengan capsule dekat depan rumah cikgu.. bila keluar tv, nak suruh cikgu cakap 'aziah adalah pelajar kebanggaan saya' .. mungkin saya tak dapat menjadi angkawani negara.. tetapi saya sekarang telah pun terbanng ke udara..
janji saya pada cikgu..
sekarang, cikgu boleh tersenyum kerana step pertama untuk ke udara telah saya lakukan...

untuk cikgu jun(akak)
terima kasih kerana ada dengan saya...terima kasih ckgu.. terima kasih sebab selalu bantu saya.. lebih2 lagi bila saya dekat sini.. tak mampu dah nak balas semuanya.. terima kasih sebab sentiasa ada dibelakang saya..
doakan sy untuk kehidupan saya dunia akhirat

untuk semua cikgu dan rakan2
doa kalian sentiasa mengiringi jalan hidup ku.. maafkan aku diatas kesalahan yang telah aku lakukan terhadap cikgu2 rakan2.
dan aku sangat2 marindui kamu semua.. rindu dengan memori.. memori yang sentiasa ada dalam ingatan selamanya...
misss uuuuuuuuu so muchhhhhhhhhhhh

cout<<"tak mampu mengulangi memori silam"<<endl;

puan nina:
terima kasih puan, kerana menerima maaf saya atas kesalahan sy.. dan sy sahut hukuman puan.. puan, puan adalah semangat saya di sini sekarang. dan salah satu fktor sy kuat adalah puan..
sy nak menjadi seperti puan.
sy akan perform betul2 puan..
sebab sy nak spagheti yang puan janji nak masak untuk saya..
terima kasih kerana mempositifkan diri saya..
terima kasih puan.. semoga puan pun berjaya dunia akhirat


untuk mama dan abah => rindu dekat mama abah... maaf sebab aziah terlalu sibuk dengan kehidupan aziah di sini.. semoga mama abah mendoakan keselamatan dan kekuatan aziah dalam menempuhi segalanya. dah nak exam final. aziah akan perform betul2.. doakan aziah untuk kekuatan mental dan fizikal aziah..
aziah kuat mama.. mama jangan takut.. kalau lah sekiranya aziah mati dalam pertempuran, mama patut bangga kerana anak mama seorang perwira..
terima kasih kerana menjadi guru terbaik untuk diri aziah..
guru pertama dalam hidup aziah..
kekuatan aziah disini adalah kerana doa mama dan abah.. 
aziah kuat.. datang la berbagai2 cubaan dan halangan sekalipun.. aziah mampu atasi nya!!!

untuk arwah tok yah.. kite dah 19 tahun dah..4 tahun berlalu bagai kan baru semalam terjadi tragedi itu..
sekiranya tok yah ada lagi.. tok yah pasti tersenyum seperti tok mek senyum kan...
masih teringat lagi gerak geri tok yah.. masih teringat lagi apollo tu.. kenangan terakhir yang tidak pernah kite sangka berlalu dengan pantas sekali..
bile tengok orkid, kite teringat tok yah..  
semoga tok yah tenang di sana.. amin..



ikhlaskan hati dalam menghadapi segalanya..
walaupun pada dasarnya,ia perit untuk diperkata..
jangan dipendam semuanya..
kerana ia akan membinasakan kita..
hadirkan sepenuhnya kekuatan dalam diri..kerana kekuatan itu pasti akan dapat mengatasi kekalahan..
rindui la memori silam,kerana dengan memori itu..
jadilah kita yang sekarang




Friday, 5 October 2012

Buktikan Cintamu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas pada pagi yang indah ini. Pabila ku selak jendela, ku melihat pohon2 hijau melambai2 mengikut alunan angin. Ku renung dilangit, melihat burung2 berkicauan umpama melodi indah yang tidak difahami oleh manusia.

Syukur sekali lagi kerana diberi peluang lagi untuk menekan papan kekunci ini untuk keberapa kalinya.
Pernah kah anda bercinta?? Bagaimana anda membuktikan cinta anda kepada mereka?? 
Selalu aku melihat mereka berkorban apa sahaja demi kekasih mereka. 

orang kata:

"lautan api sanggup ku renangi, langit ke tujuh akan ku tujui, akan ku redah belukar tebal,jika mampu aku hadiahkan bumi,akan ku berikan kepadamu"
hahaha..
demi cinta kepada manusia.. semua sanggup.
tetapi bagaimana pula anda membuktikan cinta anda kepada Pencipta??

wahai rakan2.. cinta yang lahir dalam diri manusia ini adalah pemberianNya kepada kita.
Jadi, mengapa kita menganggungkan cinta manusia sehingga kita lalai untuk membuktikan cinta kita kepada Allah.
Jadi, buktikan kan cintamu kepadaNya sebelum terlambat.
Bukan payah sangat pun nak buktikan..
"SEGALANYA BERMULA DIHATI"

Pertama sekali: jangan la tinggalkan segala amalan yang wajib lebih2 lagi solat kerana solat itu tiang agama. Kalau tiang pun tak kuat, macam mana kita nak bina rumah. dalam solat tu,khusyuk itu penting. Bila kita solat, umpama kita telah melepaskan segala harta dunia kita untuk mengadap Pencipta kita Yang Esa. Rukun solat dimulakan dengan niat..dan apabila kamu mengangkat takbir.. maka umpama kamu telah pun melepaskan segala bebanan dunia demi untuk bersujud kepada Nya.
dan akan diakhiri dengan salam. semasa solat, fokus la kepada setiap bait2 yang kita baca. maksud setiap kalimah2 yang dituturkan oleh bibir. Baru kita akan mudah khusyuk. Selain itu, puasa,zakat dan sebagainya. Baca lah al Quran kerana ia mampu memberi petunjuk kepada kalian. bukan sahaja membaca tetapi memahami segala makna.. baru la bole jadi muslimin yang berjaya..
Hormat juga pada ibubapa, guru2 dan para ulamak..kerana doa mereka mustajab.


Kedua: Berdoa. Bukti kita cinta padaNya adalah apabila kita memohon dengan segala kudrat yang ada untuk memperolehi sesuatu yang kita ingin kan..tak kisah la apa pun. tapi jangan la mintak benda yang sia2 umpama yang kita dah tahu kita tidak akan dapat memperolehi nya.. nk contoh ke??
ok la.. aku bagi. macam meminta untuk menjadi rasul atau nabi. padahal kita telah pun tahu bahawa Rasul terakhir adalan Rasulullah s.a.w.. jangan buat ye! murtad nanti. Mohon lah sesuatu yang boleh memberi munafaat kepada diri kita dan islam sejagat. yang boleh membangunkan ummat masyarakat.. apabila kita mengangkat kedua tangan kita dan memohon kepadaNya umpama hanya lah dia yang kita yakini yang akan membantu kita. Yang sentiasa berada dengan kita semasa kita susah mahupun kita senang..ketika kita tertawa riang mahupun meraung kesedihan. Ingat! dia sahaja yang bersama kita selamanya.

"cinta manusia tidak hakiki kerana suatu hari nanti ajal pasti akan menjemput kita mahupun kekasih kita... anatara cepat mahupun lambat sahaja.. tetapi cinta kepada Tuhan adalah cinta yang sebaiknya kerana ia bersifat hakiki.. sejauh mana pun langkah mu.. Dia bersama kamu selamanya dalam hidupmu"

Ketiga: lakukan lah kebaikan dan jauhi keburukan.. bagaimana caranya?? sedekah,senyuman, dan sebagainya. kerana bila kita lihat ye. sekiranya anda melakukan kebaikan .. Tuhan akan membalas setiap kebaikan yang kamu lakukan kepada masyarakat. percaya atau x?? cuba la lakukan. Hubungan anda dengan manusia juga akan bertambah baik. "hablum minallah..hablum minannas"..
Orang sekeliling akan berasa senang dengan kalian.
dan yang pastinya lakukan lah sesuatu tu dengan ikhlas kerana setiap yang kalian lakukan dengan ikhlas sebenarnya boleh dirasai oleh orang2 disekeliling korang. sebab ikhlas tu datang dari hati .. hati tidak pernah mendustai setiap apa yang dirasainya.. tetapi mulut sentiasa berdusta semata-mata untuk mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri.. 

sebenarnya banyak lagi tapi aku simpulkan la jadi sekecik ini.. ilmu Allah itu luas. Jadi carilah selagi kita masih mampu untuk mencarinya. 
"janganlah hanya mengejar cita-cita dunia sehingga melupakan akhirat.,"

Buktikan cinta kita padaNya semampu mungkin keran disitu sebenarnya terletak nya syurga..

awan yang berarak dulu..
telah pergi sejauh mungkin
membawa kisah silam kita
maka 
biarkan ia berlalu pergi...

kini 
awan baru
bersama cerita dan kisah yang baru..

kini..
aku dan kamu..
berada di awan yang berlainan
awan yang baru mengukir
sebuah kisah..
ukirlah sebanyak mana pun amalan
agar 
kamu tidak melakukan penyesalan di kemudian hari


sekiranya aku ada salah tulis.. tolong betulkan.. kerana aku masih lagi jahil

buat pelajar2 SPM dan PMR SMK SERI JEMENTAH dan juga pelajar2 lain yang akan menghadapi PMR dan SPM.. masih ada masa untuk berusaha.
semoga kejayaan mengiringi kamu semua. Ingat,ikhlas kan hati semasa belajar. niat keran Allah. jangan dilupakan berdoa dan memohon restu ibubapa dan guru. kerana mereka adalah salah satu kunci untuk memperoleh sebuah kejayaan.
USAHA + BERDOA + TAWAKAL= KEJAYAAN
doa kami,senior2 SMK SERI JEMENTAH sentiasa bersama kalian.
amin..

yang benar,
Epal Hijau






Tuesday, 25 September 2012

Jangan berhenti berharap

Assalamualaikum..dan selamat malam buat semua...buat warga2 blog dan pembaca blog yang disayangi...

Apa khabar semua?? Aku masih mengharap yang kalian sihat2 belaka.. bukan untuk anda tetapi untuk semua umat manusia di muka bumi ini.

Diam tak diam, dah dekat 4 minggu dah dekat sini. Tetapi, aku masih lagi tertanya soalan adakah benar aku memang di sini?? Aku masih lagi tertanya akan kudrat ku.. Mampukah aku mengharungi segalanya di sini?? 
Lalu, aku terfikir kata2 motivasi tentang JANGAN BERHENTI BERHARAP..
jangan berhenti berharap kepada Pencipta kita kerana segalanya telah ditetapkan oleh nya.

Aku sentiasa mempositifkan diri aku disini.. walau pun kadang2 aku tak yakin dengan diri ku sendiri.. Kerana bila aku berdiri di sebelah rakan2 seperjuangan ku disini.. aku terasa diriku paling kerdil. Malu dan segan. Lalu aku akan sentiasa berundur kebelakang untuk memberi peluang kepada mereka menyerlahkan diri mereka di hadapan pensyarah2..
Aku cuba bertahan dan mempositifkan diriku disini.. kerana aku yakin bahawa Pencipta ku masih bersama ku..
Aku masih berdoa dan sentiasa berdoa didekatkan dengan orang2 yang beriman kepadaMu..
dan
Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai mereka yang sangat banyak memberi support terhadap diriku..
Begitu juga aku harapkan kepada kalian..
sekiranya kalian disana.. membaca setiap luahan hatiku yang telah aku coretkan melalui papan kekunci ini..
aku mahu kalian membuka mata kalian..
Renung lah langit sedalamnya.. dan fikirkan lah dimana kalian sekarang..jangan lah kalian berhenti berharap. walaupun kalian terpaksa melalui paya dan parit serta belukar sekalipun..percaya lah dan jangan berhenti berharap kerana ada jalan disebalik kepayahan itu..

harungi lah segalanya kerana kekuatan itu datang sebenarnya dari dalam diri anda sendiri.. bukan pada orang lain. yang penting kalian yakin dan sentiasa mengungkapkan kata-kata positif terhadap diri kalian. 
percayalah kepada diri anda sendiri. dan beri lah peluang kepada diri anda untuk memperoleh apa yang diri anda inginkan..
"ingatlah bahawa jangan lah anda melakukan sesuatu itu kerana kemampuan orang lain tetapi lakukan lah sesuatu itu kerana kemampuan diri anda sendiri"
"segalanya terserah kepada diri anda..
anda telah pun berusaha.. anda juga telah pun berserah...dan bertawakal kepadanya..
dan terakhir sekalinya.. jangan lah berhenti berharap kepadaNya dengan cara berdoa..
kerana berdoa itu tanda kehambaan kita kepadaNya. dan sebagai satu jambatan untuk menghubungkan kita kepada Nya.

nafas yang baru masih lagi belum teratur dengan sempurna.. seperti bayi yang baru berjalan.. namun setelah berusaha..akhirnya berjaya berjalan sehingga lah menjadi manusia dewasa seperti kita.
jadi jangan lah berhenti berharap kerana di sebuah sudut ada terletaknya sebuah kekuatan didalam itu. dan apabila diaktifkan.. ia pasti menjadi sebuah batu loncatan ataupun anjakan paradigma terhadap diri kita sendiri.
lakukan keran diri anda sendiri. bukan keran orang lain..

itu yang aku cuba lakukan disini..kerana aku merasakan aku perlu berubah untuk kehidupan aku sendiri. teman ketawa memang ramai.. tetapi teman menagis mungkin tiada. 
dan aku mula membuang segala kejahilan ku dan membuka sebuah pintu untuk diriku.. pintu yang lain.. dan aku juga membuka minda ku untuk menerima pandangan dan berfikir secara meluas agar setiap keputusan yang ku lakukan itu betul..
aku sentiasa berdoa.. agar aku diberi pedoman..
air mata tidak berhenti menitis untuk menyatakan ketakutan ku meniti kehidupan ku disini..
namun tidak mampu ku ceritakan kepada semua.. segalanya dirahsiakan di hati.. selamanya..
dan aku berharap kalian juga tidak berputus asa..
kuatkan semangat kalian..
aku yakin kalian mampu lakukan yang terbaik..
perjalan kita baru bermula...mulakan lah langkah mu dengan basmallah..
semoga Tuhan menemani kalian selamanya dalam kehidupan kalian..
doa aku sentiasa meringi kalian semua...
aku ada untuk kalian sebagaimana kalian ada dengan ku dalam hidupku..
yakin akan kemampuan diri kalian..


kehidupan
sekiranya mampu untuk menukar
atau
berpatah balik
tidak mungkin manusia melakukan kesilapan lagi
namun
kenapa kami selalu alpa
dan leka
mengejar cinta dunia
tanpa memikirkan cinta kami yang hakiki
sedangkan kami selalu ditemani oleh Pencipta kami
kehidupan..
telah pun terbentang luas 
segala peluang
segala ruang
namun
kenapa kita masih memikirkan 
bahawa kehidupan ini sempit dan tandus
ya Tuhan
maafkan kami
hambamu yang jahil
yang dulu nya hidup dalam ketandusan ilmu
namun kini
kami telah pun menukar sebuah kunci
kunci pintu yang lain
yang telah pun Kau berikan..
kini
kami telah pun
membuka fikiran,mata hati,dan segalanya
seluasnya
kami
telah pun membuka lembaran baru dalam kehidupan kami
dan 
kami telah pun menapak kembali
di sebuah perjalanan
kami berharap
agar kami dipermudahkan 
perjalanan kami
kerana kami tidak mahu lagi bernangis di sebuah perjalan
diatas sebab kelalaian kami
terhadap mu..
semoga Tuhan
sentiasa bersama kami
selamanya..
jangan tinggalkan kami 
ya Tuhan
kerana kami sangat memerlukan Engkau 
dalam kehidupan kami
Amin

ikhlas dari:
NORAZIAH BINTI MOHD DARUS
PELAJAR SEMESTER 1
KEJURUTERAAN SISTEM MAKLUMAT
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
UiTM SHAH ALAM

*terima kasih kerana berada dengan ku selamanya dalam hidup ku...*
terima kasih kerana buat aku tersenyum
terima kasih kerana menggenggam erat tanganku
sewaktu aku jatuh di birai kaca sehingga terluka
terima kasih kerana membaluti setiap luka itu
terima kasih semua yang mengenali diriku..

kini aku...
ingin menjadi seseorang yang tabah
serta kuat mental dan fizikal
menghadapi segalanya..
walaupun aku
keseorangan meniti di setiap titian
namun
aku masih tersenyum
kerana
aku masih ada kamu
dalam hidupku..
semoga kamu juga sama seperti ku apabila kamu bersama dengan ku..