s3bp5 bersama kenangan2 kita bersama..semuanya dalam ingatan kita-aziah..mira..jaz..ema..along..zura..mina..akma..hanim..eana..yuni..hani..farah..ian..pijah..siti..daus..fathi..izzat..ashraf..fadhli-2011/2012-->SMK SERI JEMENTAH(2006/2010)---aziah..ifah..arapah..ina..aini..epi..ayu..ain..nadia..alya..zairil..farez..jannah..fazilah..soon fatt..ley sheng..woon keat..ong k selvem..malah..wani..ka jun..hong in..hui si..wei hong..-->SK JEMENTAH(2000/2005)-aziah..wani..nadiah..piqa..eza..yana..sifa..wani..malah..qilah..farah..nabilah..aini..arapah..ifah..fuzah..epi..nadia..ayu..iman..kimi..hasif..akhyar..mamat..hariz..zairil..farez..

Tuesday, 25 September 2012

Jangan berhenti berharap

Assalamualaikum..dan selamat malam buat semua...buat warga2 blog dan pembaca blog yang disayangi...

Apa khabar semua?? Aku masih mengharap yang kalian sihat2 belaka.. bukan untuk anda tetapi untuk semua umat manusia di muka bumi ini.

Diam tak diam, dah dekat 4 minggu dah dekat sini. Tetapi, aku masih lagi tertanya soalan adakah benar aku memang di sini?? Aku masih lagi tertanya akan kudrat ku.. Mampukah aku mengharungi segalanya di sini?? 
Lalu, aku terfikir kata2 motivasi tentang JANGAN BERHENTI BERHARAP..
jangan berhenti berharap kepada Pencipta kita kerana segalanya telah ditetapkan oleh nya.

Aku sentiasa mempositifkan diri aku disini.. walau pun kadang2 aku tak yakin dengan diri ku sendiri.. Kerana bila aku berdiri di sebelah rakan2 seperjuangan ku disini.. aku terasa diriku paling kerdil. Malu dan segan. Lalu aku akan sentiasa berundur kebelakang untuk memberi peluang kepada mereka menyerlahkan diri mereka di hadapan pensyarah2..
Aku cuba bertahan dan mempositifkan diriku disini.. kerana aku yakin bahawa Pencipta ku masih bersama ku..
Aku masih berdoa dan sentiasa berdoa didekatkan dengan orang2 yang beriman kepadaMu..
dan
Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai mereka yang sangat banyak memberi support terhadap diriku..
Begitu juga aku harapkan kepada kalian..
sekiranya kalian disana.. membaca setiap luahan hatiku yang telah aku coretkan melalui papan kekunci ini..
aku mahu kalian membuka mata kalian..
Renung lah langit sedalamnya.. dan fikirkan lah dimana kalian sekarang..jangan lah kalian berhenti berharap. walaupun kalian terpaksa melalui paya dan parit serta belukar sekalipun..percaya lah dan jangan berhenti berharap kerana ada jalan disebalik kepayahan itu..

harungi lah segalanya kerana kekuatan itu datang sebenarnya dari dalam diri anda sendiri.. bukan pada orang lain. yang penting kalian yakin dan sentiasa mengungkapkan kata-kata positif terhadap diri kalian. 
percayalah kepada diri anda sendiri. dan beri lah peluang kepada diri anda untuk memperoleh apa yang diri anda inginkan..
"ingatlah bahawa jangan lah anda melakukan sesuatu itu kerana kemampuan orang lain tetapi lakukan lah sesuatu itu kerana kemampuan diri anda sendiri"
"segalanya terserah kepada diri anda..
anda telah pun berusaha.. anda juga telah pun berserah...dan bertawakal kepadanya..
dan terakhir sekalinya.. jangan lah berhenti berharap kepadaNya dengan cara berdoa..
kerana berdoa itu tanda kehambaan kita kepadaNya. dan sebagai satu jambatan untuk menghubungkan kita kepada Nya.

nafas yang baru masih lagi belum teratur dengan sempurna.. seperti bayi yang baru berjalan.. namun setelah berusaha..akhirnya berjaya berjalan sehingga lah menjadi manusia dewasa seperti kita.
jadi jangan lah berhenti berharap kerana di sebuah sudut ada terletaknya sebuah kekuatan didalam itu. dan apabila diaktifkan.. ia pasti menjadi sebuah batu loncatan ataupun anjakan paradigma terhadap diri kita sendiri.
lakukan keran diri anda sendiri. bukan keran orang lain..

itu yang aku cuba lakukan disini..kerana aku merasakan aku perlu berubah untuk kehidupan aku sendiri. teman ketawa memang ramai.. tetapi teman menagis mungkin tiada. 
dan aku mula membuang segala kejahilan ku dan membuka sebuah pintu untuk diriku.. pintu yang lain.. dan aku juga membuka minda ku untuk menerima pandangan dan berfikir secara meluas agar setiap keputusan yang ku lakukan itu betul..
aku sentiasa berdoa.. agar aku diberi pedoman..
air mata tidak berhenti menitis untuk menyatakan ketakutan ku meniti kehidupan ku disini..
namun tidak mampu ku ceritakan kepada semua.. segalanya dirahsiakan di hati.. selamanya..
dan aku berharap kalian juga tidak berputus asa..
kuatkan semangat kalian..
aku yakin kalian mampu lakukan yang terbaik..
perjalan kita baru bermula...mulakan lah langkah mu dengan basmallah..
semoga Tuhan menemani kalian selamanya dalam kehidupan kalian..
doa aku sentiasa meringi kalian semua...
aku ada untuk kalian sebagaimana kalian ada dengan ku dalam hidupku..
yakin akan kemampuan diri kalian..


kehidupan
sekiranya mampu untuk menukar
atau
berpatah balik
tidak mungkin manusia melakukan kesilapan lagi
namun
kenapa kami selalu alpa
dan leka
mengejar cinta dunia
tanpa memikirkan cinta kami yang hakiki
sedangkan kami selalu ditemani oleh Pencipta kami
kehidupan..
telah pun terbentang luas 
segala peluang
segala ruang
namun
kenapa kita masih memikirkan 
bahawa kehidupan ini sempit dan tandus
ya Tuhan
maafkan kami
hambamu yang jahil
yang dulu nya hidup dalam ketandusan ilmu
namun kini
kami telah pun menukar sebuah kunci
kunci pintu yang lain
yang telah pun Kau berikan..
kini
kami telah pun
membuka fikiran,mata hati,dan segalanya
seluasnya
kami
telah pun membuka lembaran baru dalam kehidupan kami
dan 
kami telah pun menapak kembali
di sebuah perjalanan
kami berharap
agar kami dipermudahkan 
perjalanan kami
kerana kami tidak mahu lagi bernangis di sebuah perjalan
diatas sebab kelalaian kami
terhadap mu..
semoga Tuhan
sentiasa bersama kami
selamanya..
jangan tinggalkan kami 
ya Tuhan
kerana kami sangat memerlukan Engkau 
dalam kehidupan kami
Amin

ikhlas dari:
NORAZIAH BINTI MOHD DARUS
PELAJAR SEMESTER 1
KEJURUTERAAN SISTEM MAKLUMAT
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
UiTM SHAH ALAM

*terima kasih kerana berada dengan ku selamanya dalam hidup ku...*
terima kasih kerana buat aku tersenyum
terima kasih kerana menggenggam erat tanganku
sewaktu aku jatuh di birai kaca sehingga terluka
terima kasih kerana membaluti setiap luka itu
terima kasih semua yang mengenali diriku..

kini aku...
ingin menjadi seseorang yang tabah
serta kuat mental dan fizikal
menghadapi segalanya..
walaupun aku
keseorangan meniti di setiap titian
namun
aku masih tersenyum
kerana
aku masih ada kamu
dalam hidupku..
semoga kamu juga sama seperti ku apabila kamu bersama dengan ku..



Wednesday, 19 September 2012

entry tak da tajuk

Assalamualaikum... dan selamat pagi pada semua bloggers ..

Setelah beberapa minggu aku tak bukak FB dan Blog.. sampai la seseorang text aku "Epal,bile ko nak update blog ni..aku dan jemu la nak baca JANJI DITEPATI".. ish2...
sorry la sangat..sebab aku sangat sibuk..
tapi rasanya tak salah kalau ko baca banyak kali...
entry yang lepas tu macam satu tanggungjawab..satu tugas yang kita sebagai rakyat malaysia perlu galas..
so kalau baca...tiap2 hari..
kita takkan leka ..
tak kan lalai..
akan ingat tugas kita..sebagai seorang hamba Allah..untuk membangunkan negara yang tercinta..
kalau aku..
aku suka baca sebab AKU SAYANG NEGARAKU...sangat2..hehe

baru je berapa minggu aku duduk sini.. aku belajar macam2.. mula2 aku rasa macam satu negara yang asing... macam aku ni orang asing yang dari ceruk mana tah.. tiba2 datang bandar..
macam tu la aku rasa..
di sini...
dalam masa yang beberapa minggu ni.. aku belajar erti sokongan.. sokongan yang sangat diperlukan..
benda ni sebenar nya berlaku secara tiba-tiba..
aku pun tak sangka...
tiba2 je aku nekad nak pergi.. berlari 2.4km dalam masa 17 minit(bagi perempuan)..lompat kijang 6.bape cm tah(bagi perempuan),lari 4x10cm dalam masa 10 saat, seat up minimum 24 dalam masa seminit... mak oiii masa sekolah dulu aku tak pernah pun.. merentas desa pun aku sukaaaaa sangat berjalan..
agak2 kalau cikgu omar tau ni..die mesti gelak kat aku kan..
yela anak murid die ni bukan atlet..lembek lak tu..
tapi macam mana aku boleh lakukan masa tu padahal aku dah rase lemah sangat..macam sesak bahagian dada ni...??aku masih fikir..fikir... 

tapi..bila aku fikir balik...tekad dan nekad aku.. memang kuat... kuat untuk masuk.. dan aku masih ingat macam mana akak2 tu berlari sekali bersama kami semua.. aku dapat rasa macam mana kuat nya support dorang..
kat sini aku belajar.. kita hidup.. kita memerlukan mereka disekeliling kita...mereka juga seperti kita..
aku dapat rasa kuat nya getaran electron yang akak tu salurkan kat aku masa die pegang lengan aku sewaktu aku tengah lari..
mereka teman kami lari bersama..
masa tu aku kuat semangat dan positif..
aku cakap "aziah ..kuat aziah...kuat..sikit je lagi"..
memang kita kena sentiasa positif...tu penting sebenarnya...

aku dapat rasa semuanya.. aku mula belajar.. "ohh macam ni rupanya..semangat dan sokongan tu perlu seiring dan sejalan..."...
dan aku mula imbas kembali waktu2 aku hidup sebelum ni..sebelum usia aku mencecah 19 tahun..
aku rasa.. aku tak supportive pada mereka di sekeliling aku.. dan aku rasa ni salah aku..
dan mungkin ni jugak lah salah satu daripada hikmah nya kenapa Tuhan menghantar aku ke sini..
mungkin..mungkin..
dan sekarang... aku bergerak sebagai seorang mahasiswi..mahasiswi yang memegangtanggungjawab menjaga anak bangsa.. tak mungkin akan aku lepaskan harta perjuangan anak bangsa aku.. 
aku mula melihat ke hadapan.. dan aku juga harapkan kalian memandang ke hadapan...
kerana di setiap perjalanan.. ada cabaran dan halangan. yang penting..kita..kita kena yakin dengan segalanya..

memandang kehadapan tidak semestinya kita tidak mengingati segala kenangan silam.. kenangan silam adalah pengalaman dan pengajaran yang paling penting dan sebagai rujukan kita untuk kita melalui masa sekarang..
aku gembira.. kerana aku di sini.. aku terpilih untuk menjejakkan kaki ke sini dan sebagai seorang mahasiswi..
dan aku juga berharap kalian juga gembira dengan laluan kalian.. bersyukur lah kerana korang dapat jugak menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang dimana tidak semua orang mampu jejak..

pabila seseorang jatuh.. jangan lah kita bertepuk tangan dan senyum.. tetapi berlari lah kita ke arah mereka dan hulurkan tangan kerana di situ terletak nya.. sebuah ikatan,,
aku belajar semuanya disini..
alhamdulillah..
dan aku harap Tuhan tunjukkan aku rakan yang boleh membantu aku...
semoga Tuhan melindungi aku...
kerana aku tidak mahu merosakkan masa hadapan ku...
amin


untuk kalian..:
rindu nya aku pada korang..termasuk lah lecturer2...kat sini,aku jumpe orang iras2 dengan cikgu dayah,iras2 cikgu faz...aku jumpe orang macam jazz kat sini.. aku jumpe orang yang ade beg macam mira kat sini.. dan aku jumpe akak yang serupa dengan cikgu ijah..haha..

rindunya pada kamu
tidak mampu ku ungkapkan dengan sebuah kata2
ingatan ku padamu
tidak mungkin lupus sampai bila2
semoga kalian..
dilindungi olehnya..
doaku seiring dan sejalan dengan kalian..
setiap derap langkahmu..
ingatlah..
bahawa aku
masih ada untuk kamu
selamanya dalam hidup kamu..
sehingga nafas terakhirku..
kamu ada dihatiku jua
Amin..


Thursday, 30 August 2012

JANJI DITEPATI

Assalamualaikum...

segalanya bermula di sini.. segalanya dicipta di sini.. kita kecapi semuanya bersama.. . masih ingatkan detik2 ketika turunnya bendera UNION JACK dan diganti kan pula dengan bendera MALAYSIA.. 

semenjak itu.. kita mula bernafas sendiri.. mengecapi segalanya.. bersama-sama menjejak mimpi.. bersama-sama mendaki gunung.. dulu dan kini.. MALAYSIA telah pun berubah.. mula menggapai pembangunan di persada antarabangsa..
namun?? apakah kita sebagai remaja.. sebagai generasi muda.. masih alpa..
menyambut merdeka hanya sekadar bersuka..menyambut dengan tanda gembira tanpa mengerti erti sebenar kemerdekaan 

ayuhh... !!! kawan.. rakan... saudara dan saudari sekalian.. di hadapan telah pun terbuka seluasnya sebuah jalan.. untuk kita genggam dan ikuti untuk membangunkan negara kita.. selaras dengan negara2 lain di dunia..

mereka,para pejuang..terdahulu.. telah pun menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat.. sebagai pejuang negara.. demi cinta mereka terhadap negara mereka..
dan 
kita..
sebagai generasi muda... ayuh!!! jangan hanya bergoyang kaki.. jangan hanya duduk dan bersenang - lenang..dengan segala usaha para pejuang,datuk-datuk dan nenek- nenek kita yang terdahulu..
jangan!!!
ayuh bangun..semangatkan diri... bangunkan diri dan gerak kan potensi diri.. pandang ke hadapan untuk menggapai segalanya.. menggapai dan terus berjuang demi negara..

teruskan berjuang wahai rakyat sekalian.. negara sangat memerlukan kita.. produk yang dinantikan negara.. harumkan negara kita... 
mari lah kita bergerak senada, sekata, seirama...mengorak langkah untuk meningkat kan diri..

terutama sekali para remaja..
bagaimanakah anda ingin membuktikan anda adalah sebagai remaja terbilang??

caranya mudah.. kenali diri.. berdiri dihadapan cermin..lihat diri sendiri dengan menggunakan mata hati.. bukan dengan mata realiti.. bersih kan jiwa..generasi yang terbilang mempunyai jiwa yang suci..
setelah itu..penuhkan ispirasi diri dengan ilmu.. belajar dengan tekun.. yakin dengan ilmu dan manfaatkan ilmu yang dipelajari untuk pembangunan negara..untuk diri.. untuk ibubapa.. untuk agama..dan juga untuk masyarakat... ikhlaskan hati untuk mengejar ilmu kerana ilmu tidak datang kepada kita tetapi kita yang perlu berlari mengejar ilmu.. 
orang yang ikhlas dengan ilmu.. ilmu akan mudah dekat dengan mereka
dan akhirnya.. lakukan tranformasi diri.. bagaimana?? ubah..ubah yang buruk kepada baik.. ubah setiap segi,sudut kehidupan kita.. dengan cara positifkan diri kita... positif dan progresif.. seiring dan sehaluan..tanpa bercakaran dan berkelahi.. atur kehidupan dengan bijak.. kreatif dan inovatif dalam setiap kerja.. hasilkan produk yang bermutu.. tingkat kan prodktif diri dan perlu proaktif agar setiap langkah yang dilakukan mampu membuahkan hasil yang lumayan..

cara sangat mudah.. mudah , tepat dan ringkas.. tetapi
kita tetap juga leka..
oleh itu.. pada 55 tahun kemerdekaan "JANJI DITEPATI"... ubah diri.. 
merdeka kan diri.. merdeka kan jiwa..merdekan hati dari hasutan kejahilan..
agar kita menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

negara masih memerlukan kita...
sangat2 memerlukan kita..
jangan kita lepaskan peluang yang telah diberikan demi mengecapi kegembiraan diri tanpa memikirkan kegembiraan orang sekeliling kita...
merdeka lah kita kerana kita bersama-sama tahu penat lelah para pejuang dulu..
bersyukur kepada Tuhan.. dengan adanya peluang yang telah diberikan..
kita masih lagi bernafas..

jangan leka wahai teman..
jangan leka wahai kalian
peluang hanya sekali..
hilang satu tak mungkin dapat diganti dengan yang asli
begitu juga dengan kebebasan
jangan kerana kemewahan..
hilang tali persaudaraan..
pimpinlah tangan..
seiring dan sehaluan..
mengecapi kebebasan yang ke-55
sebagai rakyat 1 MALAYSIA..
dengan slogan "JANJI DITEPATI"

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55"
"JANJI DITEPATI"
-pejuangan belum selesai.. pejuangan kita baru bermula-
tekad kan hati-cekal kan diri-dan positifkan minda


Sunday, 26 August 2012

masih menanti

bila ku renung ke langit.. toleh ke kiri dan menoleh ke kanan.. melihat setiap sudut rumah ku.. baru ku tersedar bahawa sudah pun raya ke lapan. cepat nya masa berlalu. umpama pantas nya perjalanan dunia ni..
 semakin ku tilik.. mengira hari. semakin pantas masa. dan yang aku perlu ketahui bahawa dia semakin jauh.
tidak salah di hari yang mulia.. turunkan sedikit keegoan untuk menutur kan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. tidak ada yang ku pinta.. cuma itu.

rupanya baru ku sedar.. bahawa diriku hanya bagaikan "pungguk rindukan bulan".. sedangkan bulan sedang menghiasi di kwasan lain.. namun pungguk masih terus menanti dengan hati yang duka dan kecewa..
walaupun pada hakikatnya.. pungguk itu tau bahawa die tidak dapat menggapai tangannya... sedangkan ia masih berharap.. masih menanti dengan penuh harapan walupun harapan hanya lah tinggal kenangan..

lalu bila di tanya kepada seseorang akan bait2 kata yang aku lafazkan..
dia menjawab: "sekiranya itu yang terjadi..lebih baik awak lepaskan"

jangan terlalu lama untuk menunggu sebuah pintu yang tertutup.. sedangkan masih banyak pintu lain yang terbuka untuk kita.
namun mampukah aku melupakan??
lalu dia bertanya: berapa lama awak kenal?
lalu aku menjaab: setahun

maka die berkata: setahun jugalah sayang awak.. makin lama awak melangkah.. awak pasti akan melupakan die..

melangkah lebih jauh untuk melupakan seseorang yang pernah singgah di hati.. walaupun seketika.. walaupun sekelip mata semuanya berubah..namun yang perlu kita tahu adalah kenangan kita tidak mungkin disingkirkan dari hati untuk selamanya.

tiba2 terasa nak tulis macam ni. melangkah dan menoleh ke hadapan.. dan perlu untuk melupakan seseorang yang berada di belakang..

lalu di tanya lagi: "siapakah dia'..
lalu aku menjawab: "dia adalah kenangan lalu"..

kenangan lalu yang dilalui bersama..bersama dan bersama.. tawa menghiasa setiap corong.. air mata jatuh di setiap lohong.
yan perlu aku dan kenangan ketahui adalah untuk terus ke hadapan.
masih banyak pintu yang perlu aku lalui..

ingin aku menjadi seperti helang..bukan menjadi seekor pipit..yang hanya terbang menghiasi dahan2.
ingin aku menjadi helang.. terbang megah di awangan.. 
helang.. helang yang setia..melepaskan kenangan lama tidak bermaksud ntuk melupakan nya..
tetapi melepaskan kenangan lama untuk mendapat sebuah nafas baru dalam kehidupan kita..

wahai helang.. terbang lah tinggi setinggi- tinggi nya.. buang segala duka yang ada di dada.. 
helang.. aku akan menjadi helang kerana setia pada pencinta.. megah dan berani menempuhi segalanya..

******
tiba2 aku merenung ke luar jendela.. lalu aku berfikir setelah saudara-mara..sepupu -sepapat datang beraya.. aku melihat diri mereka dan diriku..
"ya Allah..berubah nya mereka.. lebih maju kehadapan berbanding diriku.. melihat mereka pandai bergaya.. melihat mereka bermake-up..walaupun usia mereka baru lah setahun jagung..berbanding diriku.. lalu aku renung diriku.. dan aku tersenyum.. 
"inilah diriku..tidak mampu menjadi seperti mereka..bergaya..berbedak tebal.. bergincu dan berlipstik"
ini lah diriku...bersama slipar jepun berharga rm10 yang telah ku pakai 7 tahun lamanya.. inilah diriku yang keluar dengan track suit nya..inilah diriku kerana tidak bergaya..
inilah diriku kerana simple nya.
"lalu aku tersenyum lagi"
"bila nak berubah"

sudah membesar semuanya..adik2 sedara yang kini semakin membesar.. lalu aku berfikir.. sekiranya terputus bertahun lamanya adakah mereka akan mengingati aku sebagai kakak saudaranya?

Ya Tuhanku..aku cuma ada mereka sebagai saudara ku.. jangan lah kau putskan tali persaudaraan ni.. Alhamdulillah aku bersyukur kerana bertahun lamanya aku merindu mereka.. akhirnya mereka hadir walau pun seketika untuk mengubat rindu di hati ini...

untuk semua pembaca:
sedekah kan alfatihah untuk baby cikgu ku..Mohd Amin yang baru berusia 2 bulan..kerana pulang ke pangkuan Illahi..kerana terlibat dengan kemalangan...
cikgu ...
sabarlah.. kami yakin cikgu kuat.. ahli syurga bersama cikgu.. cikgu mampu mengharungi nya...
sabar ye..kami warga SMKSJ sentiasa support cikgu..kami sayang cikgu sampai bila2..
alfatihah untuk baby...alya masih memerlukan cikgu..

alfatihah



Perpisahan...
Perpisahan adalah pengakhiran kepada pertemuan.
Perpisahan itu sesuatu yang pasti...
Namun,
Perpisahan tanpa rela merupakan sesuatu yg amat perit...
Perpisahan tanpa salam terakhir...
Perpisahan yg tiada pertemuan lagi..
Hanya kepadaNya kuserahkan...
Segala ingatan,segala rinduku padanya...
Itulah perpisahan bagiku dan dia..


selamat tinggal perjalanan lama..kini perjalanan baru bersama aku...



Sunday, 19 August 2012

Selamat Tinggal Ramadhan

Assalamualaikum..


Masa mula2 Ramadhan datang.. bukan main lagi.. "Ramadhan tiba,Ramadhan tiba

".. Bila kita sebut pasal Ramadhan..ada tiga adik beradik yang sentiasa ada ketika ramadhan.. iaitu
RAHMAT + KEAMPUNAN + KEBERKATAN...
jadi bulan ini lah yang sepatutnya kita rebut..ni terbalik.bulan ni lah waktu kita nak membazir..
tu la patut bazar ramadhan tu tukar jadi bazir ramadhan...haha


apa2 pun, sekiranya kita adalah orang yang mengejar ramadhan... Tuhan akan menjauhkan dia dari api neraka..

semoga kita sama2 mendapatkan nya..
istimewa nya ramadhan ni..memang istimewa..
kerana pada bulan ini.. Allah akan memberikan rahmat yang melimpah ruah.. memberikan keampunan.


tetapi acapkali kita leka... dan menunggu untuk mendapatkan keampunan pada ramadhan yang akan datang..



untuk ramadhan.. salam terakhir untuk ramadhan kali ini.. semoga aku memporehi sesuatu..

untuk hari ini..

kata-kata pujangga:


 
لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ لَبِسَ الجَدِيْد، إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيْد. لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ تَجَمَّل بِاللِّبَاسِ وَالمَرْكُوْب، إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ غُفِرَتْ لَهُ الذُّنُوْب. لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ حَازَ الدِّرْهَم وَالدِّيْنَار إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ أَطَاعَ العَزِيْزَ الغَفَّار
Maksudnya : Bukanlah hari raya itu bagi orang yang hanya berpakaian baru nan indah sebaliknya hari raya itu bagi orang yang ketaatannya terus bertambah. Bukanlah hari raya itu bagi yang berhias dengan pakaian anggun dan kenderaan bersusun sebaliknya hari raya itu bagi orang yang dosa-dosanya diampun. Bukanlah hari raya itu bagi yang memperolehi wang dinar juga dirham yang bertimbun sebaliknya raya itu bagi orang yang mentaati Allah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun



SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
semoga ada lagi ramadhan yang akan datang untuk kita..




Wednesday, 15 August 2012

Indah sungguh di pagi hari
Sambil duduk meneguk soya
wahai pembaca bijak bestari
berhati2 pulang beraya



Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberikan nyawa untuk menulis pada hari ini. Bagaimana persiapan anda beraya? Pasti kelam-kabut kan.. Pasang langsir,pasang kusyen.. dan semestinya korang akan tanya aku.. 
"ko pulak macam mane epal"...
haha..aku nak jawab ni..of cos aku dah siap. dua minggu sebelum raya lagi aku dah standby.. siap nak tulis lagi kat kusyen 
"ANDA DILARANG DUDUK DI KUSYEN INI SEHINGGA 1 SYAWAL"..
korang bayangkan la kan..tetamu2 aku datang duduk kat lantai je.. kesian kan..walau apapun aku ni tak la zalim sangat.hehe.
takkan la sampai macam tu sekali..
korang pulak bagaimana?mesti riuh kan..ramai2 membersihkan rumah.. seronok nya kalau aku pun dapat macam tu.. ni kat rumah buat sorang2 rasa pinggang aku patah.. dua hari aku rasa nak gerak dan pusing2 pinggang tak boleh.. dah macam tertanggal dah pinggang dan kaki aku dari badan..
apapun..untuk abah tersayang..terima kasih kerana membantu..
bagi aku..beraya ni kena sederhana..jangan terlalu mengikut nafsu..sebab beraya ni maksud nya HARI KEMENANGAN bagi kita sebagai umat Islam setelah sebulan kita berperang melawan nafsu..
cuma satu je..sepatutnya puasa ni kita hayati..hayati dan renung2kan..adakah kita pasti yang kita masih mampu untuk menyambut puasa dan beraya pada tahun hadapan??masih hidup ke tidak..
sama2 kita renungkan..renung bukan sampai terkedu..tetapi renungkan sehingga kita merasakan sesuatu meresap dalam diri kita..
mesti nanti lepas aku tulis ni..
aku akan dpt SMS..
"salam,epal...apa yang meresap ni epal"
ok fine!aku jawab terus kat sini ye..
yang meresap di dalam diri kita tu bukan air tebu,air cincau yang kita minum waktu berbuka tu tetapi nilai keinsafan..nilai keinsafan yang betul2 lahir dari jiwa..

muhasabah diri ini..sambil duduk termenung merenung ke langit...
tanya kepada diri..
"ya Tuhanku...zalim nya hambu Mu mengkhianati cinta Mu semata-mata kerana mengejar cinta dunia"..

Surah Al-Kahfi ayat 103-105



"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak." 


sedih bila menngingatkan kembali segala nya..cukup ke amal dan bekalan nak bawak kesana..kadang2 kita ni nak bawak bekal dunia tapi akhirat lupa..


jadi bulan mulia..hari mulia ni..sama2 kita bermaafan antara satu sama lain..
untuk kawan2 tersayang...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI aku ucapkan kepada korang..
masih ingat tak sambutan hari raya sewaktu matrik...tanpa mentor..kita sambut bersama2..semua praktikum ade cikgu..kita pulak??layan diri sendiri...bukak2 polisterine makan nasi lemak..huhu
the moment that i never forgot until I close my eyes...
indah nya moment itu...moment kita berpuasa,berterawih..berbuka bersama..dan akhirnya kita beraya bersama...
sekali seumur hidup kita akan dapat perasaan ini..
lepas ni warga senior S3BP5 akan sambut hari raya bersama warga S3BP5 junior pulak..

istimewa nya raya tahun ni..harap istimewa jugak di hati korang..kerana sambutan kali ni..the greatest moment in my life..

dan aku harap sangat sewaktu raya tu..anda semua enjoy..sebab ukiran senyuman yang korang ukir waktu korang menjamu selera,bermaafan,bersama2 menghayati raya,bergelak tawa dan sebagainya pada hari tu adalah hadiah terbesar untuk usia aku ke -19
TERIMA KASIH

untuk abah, mama, semua rakan2, guru2,pensyarah2 dan semua yang mengenali diri ini..
ku susun sepuluh jari meminta keampunan sekiranya diri ini sentiasa melakukan khilaf terhadap kalian..
halalkan segalanya..dan terima kasih di atas segalanya...ampunkan segalanya..terutama sekali kepada sesiapa yang aku rasakan terlalu banyak kesalahan dan kezaliman yang aku lakukan..doakan semoga perjalanan aku selepas ini dipermudahkan..
semoga kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..amin..
doakan la semoga EPAL HIJAU ni semakin matang pada usia yang semakin meningkat..
haha..meningkat ke tak meningkat ke..orang kalau jumpa aku still cakap..


"bila exam PMR dik"..

"yeke lepas matrik ni..nampak macam budak SPM je"
hoho..nampak2..kawan korang ni MUDA tau..


sesungguhnya ukhwah ini terjalin diatas redhaNya...

pertemuan kita keranaNya...perpisahan kita juga keranaNYa...
seandainya Dia telah menetapkan bahawa kita tidak bertemu disebuah perhentian..
kita tidak akan mengenali diantara satu sama lain..
syukur kepada Illahi..kerana menjalinkan ukhwah ini..ukhwah yang mampu menjadikan kita sebagai umat Islam yang terbilang..insyaAllah..
seandainya selepas ini tiada lagi perhentian yang akan mempertemukan kita semua..
semua korang bahagia dengan kehidupan korang masing2..
dan aku..
masih lagi menjadi penulis alam maya ini untuk support diri korang even korang tak pernah   tau setiap penulisan ini adalah untuk kalian...

untuk korang..rindu nya pada gelak ketawa korang..yang boleh buat aku happy..terima kasih kerana masuk dalam hidup aku..semoga korang diberkatiNya..insyaAllah..
kini aku tak mampu untuk menoleh ke belakang lagi untuk mengingati setiap keperitan hidupku..lalu aku lepas kan segalanya di sebuah rimba..rimba di hati..aku kunci serapatnya agar tidak ditembusi setiap orang
biarlah kenangan lalu dilipat dan disimpan seeloknya..
dan kini
aku dan kalian..
perlu menoleh kehadapan..teruskan perjuangan walaupun kita tidak lagi sehaluan..ramai yang sedang melambai tangan ke arah kita untuk mengucapkan SELAMAT DATANG pada DUNIA BARU..lalu..


satu pesanan dari my lecturers...tepat mata dorang renung aku..umpama dituju untuk aku "this is your platform to entertain yourself in universities..so,you have to been prepared well mentally and physically"..

"hopefully it can help you to built your confident..and one things..learn from mistakes..dont afraid to what people said to you because you are better than them.."


thanks so much Miss Shaharizah and Miss Fathiah..love u all

ini adalah kata2 semangat yang aku dapat petang tadi sebelum aku graduate..
bangga woo graduate..haha


untuk semua: abah mama,kaum keluarga di johor dan penang,
guru2 sekolah(SK JEMENTAH/SMK SERI JEMENTAH/SEK AGAMA JEMENTAH/
pensyarah2 KMNS terutama sekali NURUL FAZLINA BINTI OTHMAN,SITI KHADIJAH BINTI SUID,NOOR HIDAYAH BINTI ZAINAL,
semua rakan2 dan yang menegnali diri ini


"Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata 
Daku kirimkan kasih di angin lalu 
Semoga kan hilang rasa rindu 
Hilang pilu resah di kalbu"

lalalala~nyanyi sendiri la..nanti hujan pulak kalau aku nyanyi lebih2..



Friday, 10 August 2012

awas..tutup mulut

Kadang-kadang kita acapkali terleka dengan pintu yang lama sehingga kita buta untuk melihat pintu lain yang dibukakan kepada kita...
kenapa rasa down?epal bangun la epal...
"jangan mengeluh"...
ketika ini aku merasakan aku memerlukan kekuatan aku..aku sangat2 perlukan...tolong la bagi sedikit kekuatan tu untuk saya berfikiran positif terhadap setiap yang berlaku terhadap diri saya cikgu..
tolong saya....
tolong saya!!!!!!!!!!
-kenapa aku luahkan sedangkan selama ni aku pendam kan ... hati dah bengkak gamaknya... dah tak mampu nak menuturkan sifat sabar yang selama ni aku ada..-
takpa...takpa...
let it gone..
tido nanti okay la kot..
kadang2 terfikir... aku ni sentiasa bagi semangat pada orang walhal diri aku sendiri sebenarnya lemah..tak layak lagi untuk memberi semangat tu pada orang.. kadang2 rasa jengkel padadiri sendiri..
jengkel dengan segalanya..
ya Allah..kenapa dengan aku ni..menyalah kah qada dan qadar ke???tidak.. tapi tidak.. tapi mungkin fikiran aku yang positif itu telah dikotori dengan najis2 negatif orang2 sekeliling..
"mulut orang kita tak boleh tutup"...
tak boleh tutup..tapi tak boleh jugak kita membiarkan nya sentiasa terbuka untuk membandingkan diri kita dengan mereka..
mereka adalah mereka..kita adalah kita..
istimewa nya mereka bukan nye sama dengan keistimewaan kita..
Tuhan..kirimkan semangat ku...aku perlukan semangat ku..
sabar lah aziah..
beberapa hari je lagi..
semangat aku..
tolong la..saya perlukan nya untuk membersihkan akal saya supaya positif kembali..
tapi betul la kan..apayang kita dapat tu sebenarnya yang terbaik untuk kita..otak kita berbeza..tak sama.ada orang pandai bab ni..ada orang pandai bab tu...
sabar la...
sabar lah epal..

Peluang Kedua

Assalamualaikum...

rasa macam dah lama je tak update.jadi kali ni nak cerita pasal peluang kedua..peluang kedua yang ditunggu2..sebenarnya tak semua orang dapat merasakan peluang kedua tu.dan aku merasakan kau betul2 menghargai peluang kedua tu setelah kau mengalirkan air mata tu..walaupun aku tak dapat melihat nya di depan mata dan sekadar seseorang yang menghantar pesanan ringkas tu pada aku.aku dapat merasakan keikhlasan dan kesungguhan tu..mungkin kalau peluang kedua itu diberikan pada aku pun..aku tak mungkin istiqamah macam kau..kau beruntung kerana Allah telah berikan kau peluang kedua itu ditempat yang sama.
teruskan perjuangan kau..kerana setiap saat yang tuhan bagi tu..adalah yang paling berharga.tak mungkin aku dapat..tapi kau dapat.tunjukkan lah bakat kau yang sebenar..ramai yang suka memperlekehkan kita..ramai yang suka dan bertepuk tangan setelah melihat kegagalan kita..tapi kau bangkit..bangkit dari kegagalan lalu dengan satu harapan yang pasti..
SYABAS...kau kuat...kau sangat kuat menghadapi cabaran tu..aku tak pasti kalau aku berada kat tempat kau..adakah aku mampu melalui macam kau...kuat ke aku macam kau..sedangkan ombak sekecik percikan air pun aku dah lemah..inikan pula cabaran setinggi lautan..
aku bangga sebab aku kenal kau..kau dan lain2 membuka mata aku..namun aku tak sekuat kalian..aku rasa aku lah paling tak kuat.
kenapa aku tak kuat???kenapa aku???aku nak jadi macam korang...aku nak kuat..aku nak tempuh semua dengan sabar..tapi kenapa aku putus asa...aku sentiasa fikirkan benda ni..aku tak jumpa jawapannya..kenapa aku..kenapa aku...
makin aku bessar..makin aku takut dengan apa yang aku akan lalui..aku takut..
mungkin sebab aku keseorangan...


ini semua kerja Tuhan..mungkin peluang kedua kita tak serupa...kau telah ditetapkan di haluan kau..dan aku dihaluan aku..namun satu je yang boleh mengikat kita..iaitu PERSAHABATAN kita buat selamanya..
semoga Tuhan tidak memisahkan persahabatan yang terjalin ini..kerana itulah kekuatan yang aku ada...

Wednesday, 1 August 2012

Jangan Anda Mengeluh

Assalamualaikum...


tak jawab dosa tau!!!hehe
Jangan Anda Mengeluh..
duhai hati setelah apa yang Allah telah ciptakan dan berikan kepada kita...
setiap kesulitan itu telah Allah berikan jalan penyelesaian nya...
mulut mampu untuk menyatakan bermacam2 tetapi akal mengatakan bukan semuanya kita mampu penuhi..
bersabarlah kerana Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..
berbagai tohmahan dan cacian akan orang berikan kepada kita kerana apa yang kita perolehi..sabar lah kerana mulut orang kita tak mampu nak tutup.biarlah kita sendiri yang tutup mulut kita.
inilah yang selalu aku fikir kan tentang orang sekeliling aku..kenapa?kenapa?kenapa?
kenapa mesti mereka berkata-kata sehingga mampu menjatuhkan air muka kita dan membuat kan kita mengeluh???sudah pasti hati sentiasa menangis walaupun pada zahirnya,ukiran senyuman yang kita ukirkan bagi menutup segala kesedihan dihati..
sabarlah wahai sahabat..
aku bersedia untuk mendengar segalanya..kerana aku menyokong kau dari jauh..jika engkau ada di hadapan ku..sudah pastinya akan ku usap air mata itu agar tak jatuh ke bumi..namun apa yang boleh aku lakukan hanya lah pesanan ringkas yang boleh memberikan kau sedikit kekuatan..kekuatan yang aku ada..dan aku berikan kesemua kekuatan aku itu kepada kau..agar kau mampu melalui cabaran yang telah Tuhan tetapkan untuk kau,.
ini kerana selama kehidupan ku ini..aku bersendirian..bersendirian menempuhi segalanya..dan aku telah pun merasainya sejak aku kecil..jadi aku tak mungkin mahu kau mengeluh seperti aku...
kerana engkau sahabat aku..sampai la ke akhir hayat aku..
aku adalah aku..engkau adalah engkau..jadilah diri sendiri..
kita tidak sempurna wahai sahabat...
tak mampu untuk memenuhi semua kehendak manusia yang lain...
dan buat ape kita nak penuhi permintaan mereka??mereka pun hamba Allah juga..
buat tak tau je..yang penting adalah diri kita sendiri..
tolak ketepi segala apa mereka senda kan kepada kita..
biarlah mereka bergelak tawa tentang diri kita..
kerana mereka sendiri sebenarnya telah pun gagal dalam kehidupan mereka..
percayalah sahabat...engkau mampu temphi segalanya..jangan biarkan orang sekeliling merosakkan cita-cita kita..
kerana segala apa yang Tuhan berikan kepada kita itu sebenarnya yang terbaik untuk kita..
Tuhan tau kemampuan kita..
jadi ikuti lah kehendak Tuhan dan penuhi segala yang Tuhan inginkan kepada kita..
nescaya kita akan diredhainya..


khas untuk sahabat...
sahabat yang mungkin pada mulanya berlainan perjalanan..tetapi diatas kehendak Tuhan..kita dipertemukan di sebuah pertemuan...
redhakan sahabatku wahai Tuhan....

Monday, 30 July 2012

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

ye memang betul pun.."kita adalah apa yang kita fikirkan".


Assalamualaikum..


"kita adalah apa yang kita fikirkan"..serius sedap pulak ayat ni..so aku fikir ape salahnya kalau aku taip sikit. sekiranya kita sentiasa berfikiran positif maka positif la kita akan jadi tetapi sekiranya negatif pemikiran kita,maka hasilnya pun akan menjadi negatif.
dah mula takda idea dah nak tulis apa-tapi apa2 pun kena tulis gak
"nama melambangkan keperibadian kita"...memang betul.memang betul.
contoh macam nama mohd izzat(kekuatan terpuji)..ia melambangkan kekuatan seseorang tu..macam tu jugak bila nama die SITI KHADIJAH...yang kita tau siti khadijah ni srikandi semasa zaman kegemilangan islam dulu.masa penyebaran islam mula nak berkembang pesat.jadi maksudnya orang yang mempunyai nama ni mesti la seorang yang tabah,kental,berjiwa waja...macam tu jugak bila nama seseorang tu NURUL AMIRAH..bermaksud cahaya puteri...erm memang karakter pun umpama puteri2 gunung ledang la..kalau AMEERUL ASHRAF pulak..maksudnya luhur..jadi memang luhur la budi pekerti dia..
banyak lagi nak letak sebenarnya..tapi tak sempat la..jd nama2 yang kat atas ni sebagai contoh je..


tak kira la siapa pun anda..kalau anda bukan seperti apa yang termaktub dalam maksud nama anda sekalipun..anda patut bersyukur..kerana maksud nama itu boleh mendoakan anda menjadi seseorang yang sentiasa positif.
hidup memang sekali.jadi apa2 pun sentiasa positif dengan diri sendiri dan orang sekeliling sebab kita dan orang sekeliling sangat memerlukan antara satu sama lain..terutama sebagai supporter kita sewaktu kita jatuh.tapi bila kita ada kat ats,jangan pula lupa pada orang dibawah..kerana semua yang kita miliki bukan milik kita yang hakiki.sampai masanya nanti,semua nya akan kita pulangkan kembali kepada Pencipta kita.


***
dan aku...NORAZIAH...bermaksud "cahaya keistimewaan"..erm istimewa ke aku??kalau aku je fikir aku istimewa tetapi orang sekeliling tak rasa macam tu..tak jadi istimewa jugak..betul x??hehe.
apa2 pun..syukur..
nama aku ni abah aku kata masa aku lahir.sebelum tu abah aku mimpi..ada orang datang kat dia suruh bagi nama ni pada aku..mama aku pun tak tau..abah aku yang bagi nama..
syukur alhamdulillah..
terima kasih abah dan mama

Sunday, 29 July 2012

Assalamualaikum...

apa khabar anda semua???harap korang sihat lah..serius terasa ramai pulak orang yang asing sedang menggodam blog aku ni..bak kata kawan aku...
"epal,die tak godam la tapi format"...huahuahua..kalau die format abis la semua tulisan tangan aku ni..
ape2 pun,sekiranya beliau sedang membaca...SELAMAT MEMBACA sekali lagi.
sorry la sekiranya kalau orang tengah baca tu di antara orang yang aku tulis dalam blog ni.takda niat nak kutuk tapi sekadar ingin berkongsi kenangan kita bersama...~itu je

tiba2 ramai pulak yang sambut bezday bulan ni..huhu..teringin pulak rasa nya nak dapat wish dari korang..macam seronok je bila tengok wall FB penuh dgn wish...hehehe-tapi aku tak pernah dpt pun-sedih kan..
so harap tahun ni nye bezday berjaya la korang penuhkan kat wall aku..hehehehhe
tp lagi best kalau die pun wish jugak kan..kat fb,lepas tu dpt mesej,lps tu die call..wahhh msti best kan...pastu dpt hadiah...hahahha..

tp angan2 mane lah boleh jadi kenyataan..angan2 mat jenin selalu je tak kesampaian..

walau apa2 pun aku tak kisah sebab aku memang tak pernah sambut bazday ni..nak potong2 kek ni dari kecik aku tak tau..so aku tak mengharap apa2 balasan or ingatan pun..
bagi aku umur itu satu angka..semoga angka yang semakin boleh menigkat kan lagi kematangan dalam fikiran kita..

Friday, 27 July 2012

Bab 35

sorry sebenarnya aku memproses blog ni..sebab tu aku lama tak update..hehe..mula2 hari tu aku sebenarnya nak guna coding blogskin..tapi bila dah siap buat yang awal2....tapi kat post plak tak boleh..macam2 hal...pening aku..so better la aku pakai template ni..aku sebenarnya nak jugak la nampak macam mature sikit blog aku ni..tapi korang tengok template ni..macam budak2..macam budak2 comel je kan..aku belasah jela...sebab aku bukan tak suka dengan template2 comel ni..cume taknak la nampak kebudak-budakan tu..cukup la tuan punya blog je nampak macam budak2...-orang sekeliling kata la aku ni nampak macam budak2..termasuk mak aku...huhu
huhuhu


buat masa ni...aku boleh dikatakan puas jugak la dengan hasil pertama aku ni..nak nampak simple dan tak srabut.mudah untuk orang2 baca...aku ni dulu kan ada la cita2 nak jadi designer..designer blog..huahuahua-perasannnnn betoi-
apa2 pun..yang korang tengok ni..ini la hasil setelah berbulan aku rasa asyik meng'edit' blog..last2 template jugak aku pakai..
tiba2 aku rasa macam ada orang menggodam blog aku ni..bukan orang2 biasa ni..tapi orang2 yang luar biasa la yang menggodam blog aku..hehe
apa2 pun..kalau die tengah baca...
SELAMAT MEMBACA...
mambaca ni amalan mulia akak n abang...
hehe
untuk bab yang ini..aku cuma nak berterima kasih kepada seseorang..
"epal...mengorbankan tu tidak semestinya terkorban"...(untuk orang yang bagi text ni kat aku..aku nak tanya..ni ayat sapa???aku tak ingat la...ayat aku ke??"
aku terkejut sebenarnya..kerana mesej tu..mesej yang ada episod tu..thanks..sebab buat aku senyum..kadang2 aku baca dan kalau boleh aku teringin nak tengok reaksi die depan2.tapi apa2 pun..bende tu berlaku dibelakang aku...so aku cuma boleh cakap TERIMA KASIH...untuk ko...
sebab buat aku senyum..sebab suka text aku..konon kata aku ni Dr Epal la..Pakar Motivasi la..huhu..apa2 je kan..merepek~
apa2 pun betul kata2 ni..
"bila kita berhajat dengan sesuatu..dan kita benar2 menginginkan nya...maka Allah akan mengirimkan nya kepada kita"
Alhamdulillah dan syukur...tuhan tahu apa yang tersirat dekat hati aku ni..terima kasih tuhan..kerana memberikan kebahagiaan tu kepada aku...aku tak sangka aku dapat perolehi nya..terima kasih...terima kasih...
untuk sahabat..
terima kasih jugak sebab mengirimkan senyuman itu pada aku....tak terhingga senyuman tu..senyuman yang aku rindu..hehe


hari ni hari lahir YUNI..so SELAMAT HARI LAHIR NURAYUNI MOHD ZAIN...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...berjaya dan bahagia dunia akhirat..meningkat dah umur kau..so harap pemikiran pun makin meningkat la ye..kena matang sikit yuni..harap umur 19 ni..kau dah pandai lintas jalan...hehe..takda la terjerit2 kat tepi jalan..pening aku dibuatnya...